Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pandangan Pertama Metal Gear Solid Delta: Snake Eater Oleh Konami!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 10, 2024
in Artikel, Berita, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Pandangan Pertama Metal Gear Solid Delta: Snake Eater Oleh Konami!
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara Xbox Showcase pagi ini, Konami telah mengeluarkan trailer rasmi pertama dan visual baharu untuk remake game aksi pengintipan taktikal ‘Metal Gear Solid Delta: Snake Eater‘.

Anda boleh melihat trailer baharu di bawah:

Merupakan remake kepada game Metal Gear Solid 3: Snake Eater pada 2004, segala jalan cerita, watak, lakonan suara, gameplay dan muzik yang membuatkan game original menjadi sensasi, telah dibuat semula untuk konsol moden.

Kredit: Konami

Dengan Unreal Engine 5, dunia yang luas dipersembahkan dengan teknologi tinggi. Grafik baharu menghidupkan pertumbuhan hutan, rimba dan paya dengan butiran yang sangat terperinci. Model setiap watak pun ditambah baik sehingga kedutan muka, liang-liang, dan juga pergerakan mata dan iris dapat dilihat, membolehkan animasi muka yang penuh emosi.

Kredit: Konami

Sebagai ciri baru, sistem kecederaan dalam pertempuran telah dinaik taraf, di mana kita dapat melihat kerosakan pada pakaian Snake, serta lebam dan luka peluru di badannya, yang dicerminkan daripada gameplay. Sebarang kecederaan pada badannya akan meninggalkan kesan selama-lamanya, untuk menceritakan kisah perjalanan lagi unik setiap pemain.

Kredit: Konami

Pemain boleh memilih gaya kawalan moden yang baru ditambah. Kawalan intuitif ini membolehkan anda menumpukan sepenuhnya pada game melalui pengalaman stealth survival. Anda juga boleh memilih untuk bermain dengan kawalan klasik yang mereplikasikan semula pengalaman game original supaya lebih autentik.

Sinopsis

Kredit: Konami

Berlatarkan pada tahun 1964, game ini mengisahkan seorang ejen FOX dengan nama samaran Naked Snake, yang mesti menyelamatkan saintis roket Rusia dan mensabotaj Shagohod, senjata super nuklear Soviet – sambil berhadapan dengan bekas mentornya The Boss, yang telah berpaling tadah kepada pihak musuh.


Metal Gear Solid Delta: Snake Eater sedang dibangunkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC (Steam). Malangnya, tarikh keluaran masih belum diumumkan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Metal Gear Solid Delta: Snake Eater
ShareTweetSend
Previous Post

Dragon Age: The Veilguard Akan Lancar Sekitar September – Disember 2024

Next Post

Diablo IV Akan Mengeluarkan Expansion Baru ‘Vessel of Hatred’ Pada 8 Oktober

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Diablo IV Akan Mengeluarkan Expansion Baru ‘Vessel of Hatred’ Pada 8 Oktober

Diablo IV Akan Mengeluarkan Expansion Baru ‘Vessel of Hatred’ Pada 8 Oktober

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd