Magic: The Gathering x FINAL FANTASY ialah set crossover epik yang menggabungkan strategi permainan kad MTG dengan penceritaan yang memukau dan watak ikonik daripada siri FINAL FANTASY.
Dijadualkan untuk keluar pada 13 Jun 2025, set ini menjanjikan pengalaman menarik buat peminat kedua-dua francais, membawa elemen klasik daripada enam belas game utama FINAL FANTASY—dari yang pertama hingga FINAL FANTASY XVI—ke medan pertempuran.
Set ini menyatukan watak, item, dan detik legenda yang telah membentuk dunia FINAL FANTASY selama beberapa dekad. Pemain berpeluang melancarkan sihir berkuasa, menyeru summon klasik, dan meneroka lokasi ikonik—bayangkan menunggang chocobo sambil mencipta kisah epik tersendiri.
Setiap elemen direka dengan teliti untuk menghormati warisan FINAL FANTASY, sambil memperkenalkan elemen baharu yang memperkayakan pengalaman permainan Magic: The Gathering.


Salah satu ciri paling menonjol dalam set ini adalah seni ilustrasinya. Magic: The Gathering—FINAL FANTASY menampilkan koleksi seni FINAL FANTASY terbesar dalam satu permainan, menghimpunkan karya seni yang menakjubkan daripada artis MTG serta ilustrator legenda FINAL FANTASY.
Lebih daripada 100 kad legendary creature, termasuk 55 kad borderless character, semuanya direka khas untuk membangkitkan nostalgia peminat. Kad khas seperti kad borderless woodblock dan kad FINAL FANTASY Artist turut memberikan perspektif baharu terhadap raksasa, summon, dan sihir klasik, semuanya dihasilkan dengan butiran luar biasa.



Selain itu, helaian bonus FINAL FANTASY Through the Ages memaparkan kad MTG ikonik yang diolah semula dengan seni FINAL FANTASY, menampilkan hasil karya artis terkenal seperti YOSHITAKA AMANO dan TETSUYA NOMURA.


Set ini hadir dengan pelbagai pilihan produk untuk memenuhi citarasa pemain:
- Play Booster Boxes dan Collector Booster Boxes bagi pengalaman draf.
- Empat dek Commander, setiap satu bertemakan game FINAL FANTASY tertentu—VI, VII, X, dan XIV—membolehkan pemain menghidupkan semula keajaiban klasik ini dalam cara yang baharu.
- Bundles dan Gift Bundles yang menyediakan pengalaman lengkap dan sedia untuk dimainkan.
Setiap produk direka dengan teliti untuk mengekalkan keaslian dunia FINAL FANTASY, memastikan setiap kad, abiliti, dan teks mencerminkan keindahan francais ini.



Set ini bukan sekadar paparan visual, tetapi juga memperkenalkan mekanik gameplay yang inovatif:
- Saga Creatures: Kad baharu yang menggabungkan unsur naratif dari kad Saga dengan kekuatan kad creature. Pemain boleh memanggil summon legenda seperti Shiva, yang memasuki medan pertempuran dengan lore counter untuk memberikan efek segera—walaupun kehadirannya hanya bersifat sementara.
- Double-Faced Cards: Menggambarkan transformasi epik dan kejutan pertarungan bos dalam FINAL FANTASY, kad ini boleh berubah apabila syarat tertentu dipenuhi. Ia menangkap keseronokan evolusi watak dan plot yang tidak dijangka, menawarkan pengalaman permainan yang dinamik seperti dalam RPG klasik.




Magic: The Gathering—FINAL FANTASY boleh dimainkan dalam pelbagai format MTG seperti Standard, Pioneer, Modern, Commander, Vintage, dan Legacy. Selain versi fizikal yang boleh didapati di kedai permainan tempatan dan peruncit dalam talian, set ini juga akan tersedia dalam bentuk digital di Magic: The Gathering Arena.

Pra-tempahan kini dibuka untuk pelbagai pilihan produk, termasuk dek Commander bertemakan FINAL FANTASY, pek booster, dan bundle. Nantikan juga butiran lanjut mengenai pelancaran istimewa untuk musim perayaan hujung tahun ini, serta tiga keluaran eksklusif Secret Lair yang akan membawa dunia FINAL FANTASY ke tahap yang lebih unik.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post