Di Jepun, kita selalu melihat liputan mengenai pameran-pameran yang berkaitan dengan siri anime atau manga popular, contohnya Haikyuu, Naruto, Bleach dan banyak lagi. Attack on Titan juga nampaknya akan mengadakan pamerannya di Asia Tenggara iaitu Attack on Titan: The Exhibition. Melalui laman web Marina Bay Sands, pameran Attack on Titan akan diadakan di ArtScience Museum bermula 19 Februari sehingga 3 Julai 2022.

Pameran Attack on Titan ini dianjurkan oleh SPACElogic, diilhamkan daripada siri anime dan manga popular tersebut. Ini adalah pameran pertama di Asia Tenggara yang menunjukkan kemuncak pada penceritaan Isayama Hajime serta visi artistiknya sepanjang dekad dengan siri ini. Ia juga akan membawa pengunjung ke sebuah dunia di mana manusia berada diambang kepupusan.

Attack on Titan: The Exhibition akan menampilkan lebih daripada 180 karya oleh Isayama Hajime bermula dari awal manga sehingga kini. Malah pengunjung juga dapat melihat beberapa karya baru yang belum pernah ditunjuk di mana-mana tempat dalam dunia ini. Ia juga mengandungi draf serta lakaran daripada arkibnya. Pengunjung akan memasuki dunia distopia Isayama yang luas dan alami urutan pertempuran yang mengasyikkan di Great Titan Theatre, paparan besar Titan, watak dan objek daripada manga.

Siri manga Attack on Titan mula pada tahun 2009 dan sejak itu, ia telah dirungkai menjadi sebuah kisah yang rumit melangkaui semoadan budaya. Malah, melahirkan adaptasi filem live action dan mempunyai lebih 100 juta salinan terjual. Selepas penerbitannya selama 11 tahun, manga itu sudah mencapai pengakhirannya. Tetapi siri anime Attack on Titan masih lagi ditayangkan pada awal Januari lalu. Akhirnya, dapat juga kita melihat kesimpulan tersebut dalam bentuk animasi.
Sumber: MarinaBaySands
@gamersantaimy
Discussion about this post