Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Our Base is Under Attack!” Ini ulasan kami dalam Command & Conquer Remastered Collection!

Nyny.A by Nyny.A
June 6, 2020 - Updated on June 27, 2020
in Artikel, Berita, Game Review, Origin, PC, Review, Steam
0 0
0
“Our Base is Under Attack!” Ini ulasan kami dalam Command & Conquer Remastered Collection!
Share on FacebookShare on Twitter

Masih ingat lagi atau tidak kami pernah mengongsikan permainan lagenda Command & Conquer akan kembali semula dalam koleksi Remastered? Ya secara rasmi Command & Conquer Remastered Collection kini tersedia di platform anda yang anda boleh dapatkan di Origin juga Steam!

Pengenalan~

25 tahun berlalu, Command & Conquer dan Red Alert mendefinisikan genre RTS yang sangat popular ketika zaman tersebut, siapa sangka, kini kedua-duanya di REMASTERED sepernuhnya dalam 4K oleh bekas anggota pasukan Westwood Studios di Petroglyph Games.

Remastered ini termasuk ketiga-tiga pek pengembangan yang asal juga Command & Conquer: Tiberian Dawn dan Command & Conquer: Red Alert, multiplayer yang dibina semula, UI yang dimodenkan, Editor Peta, galeri bonus rakaman FMV yang belum diterbitkan dan lebih dari 7 jam muzik remaster legenda oleh Frank Klepacki.

Selamat Kembali Komandan! 

Kali ini, kami sekali lagi berpeluang untuk mencuba sendiri permainan lagenda yang diremasterkan ini oleh EA! Sambil mencubanya dengan ASUS TUF Gaming A15  bersama spesifikasi hebat tersedia dalam laptop ini iaitu AMD Ryzen™ 9 CPU dan GeForce RTX™ 2060 GPU, sememangnya Command & Conquer Remastered Collection kami berjalan dengan lancar sekali! 

Jadi dalam koleksi ini terdapat lebih dari 100 misi kempen yang memerlukan anda untuk mencabarnya! Pemain boleh bermain konten eksklusif kempen di Command & Conquer Remastered Collection tanpa perlu sebarang Unlock Mission! Jadi pemain bolehlah menghabiskan sehingga 30 jam untu pengalaman permainan single player dalam koleksi remaster ini!

Tetapi anda perlu ingati bahawa Command & Conquer Remastered Collection ini adalah permainan remaster, jadi ianya hanya merangkumi semua kandungan permainan lama, jadi tidak ada misi baru atau cerita baru yang ditambahkan dalam permainan ini.

Untuk permulaan permainan ada sedikit perbezaan dari Command & Conquer yang asal, kerana dalam Command & Conquer  Remastered Collection ini, kami dapat memilih diantara mod Easy, Normal atau Hard. 

Dari pandangan keseluruhan, Command & Conquer Remastered Collection masih sebuah permainan RTS yang klasik dimana kami perlu mengumpul mengumpulkan sumber barangan dan membina beberapa pembinaan untuk membekalkan tenaga yang anda perlukan bagi meningkatkan kemudahan kawasan kita, tentera dan alat tentera anda. Jadi pengurusan sumber dalam permainan ini sangat penting, terutamanya dalam mod Hard.

Untuk UI dalam permainan Command & Conquer Remastered Collection tampak sangat bagus dan sangat mudah digunakan. Semua bangunan berada di bawah satu tab dan bar sisi kini sesuai dengan 18 butang binaan. Dimana pemain senang mencari bangunan dan kemudahan tentera yang ingin mereka bina, hanya dalam satu sisi bar.

Apa lagi jom berperang! 

Command & Conquer Remastered Collection dapat memberikan resolusi 4K dan dengan penggunaan ASUS TUF Gaming A15, kami dapat bermain dengan memaksimumkan semua tetapan, permainan berjalan dengan sangat lancar, jadi memang tidak perlu risau dengan spesifikasi permainan ini!

Itu bukan satu-satunya aspek Command & Conquer Remastered yang dapat anda sesuaikan. Anda boleh beralih antara seni yang asli dan yang dikemas kini, ya dengan hanya menekan spacebar untuk menukar antara Resolusi Asal dan resolusi Remastered, antara runut bunyi yang asli dan yang dikemas kini, dan bahkan antara yang asli dan yang dikemas kini.

Untuk kawalan, permainan ini menyediakan gaya kawalan Legasi dan gaya kawalan Moden untuk pemain pilih. Memang bagus pemilihan ini untuk kesesuaian gaya setiap pemain. Terdapat tetapan yang mudah seperti kami turut boleh memilih kawalan permainan untuk dilajukan! Ya, ada tersedia bar tetapan dimana kami dapat drag kawalan antara melajukan penggerakkan permainan atau perlahankannya, jadi lepas itu anda boleh lihatlah kenderaan atau watak anda bergerak laju, tapi kena ingat kalau lajukan pun, itu bermakna pihak musuh juga akan laju memusnahkan kawasan kita.

Buat pertama kalinya, Tiberian Dawn dan Red Alert turut menyediakan menu Mission Select. Bagi pemain yang ingin memainkan semula misi, mencuba misi percabangan, atau mencari misi rahsia, mod ini akan memudahkan anda mendapatkan isi yang anda mahukan.

Untuk model bangunan dan pasukan, model ini disempurnakan dengan baik oleh para pemaju serta sekali lagi, studio tempatan kita Lemonsky yang turut mengambil bahagian dalam pembuatan model dan seni permainan ini! Oleh itu, semasa anda bermain Command & Conquer Remastered Collection, anda dapat merasakan perincian model bangunan dan juga perincian peta. Jadi koleksi remaster ini sangat hebat, pemain baru dan pemain lama akan dapat menikmati permainan ini.

Mode selebihnya yang turut menarik perhatian~

Command & Conquer  Remastered Collection juga menyediakan peta khas dan pertandingan dalam talian. Peta dalam talian boleh dipilih sehingga 250 map! Jadi pemain boleh lah melawan AI atau pun mencari rakan dalam talian untuk memulakan perperaangan! Selain itu, kami turut boleh co-op dengan rakan-rakan untuk menentang AI dalam misi cabaran! Sudah semestinya bermain co-op menjadi lebih mudah sedikit untuk menyelesaikan misi menentang AI. Betul anda sememangnya kena cuba bermain dengan kawan, tapi sedikit tips yang kami nak berikan, sebelum masuk ke mod multiplayer, kami mencadangkan pemain untuk bermain kempen untuk mengetahui fungsi bangunan dan pasukan barulah mencuba dalam talian bersama pemain lain ok!

Mod sokongan permainan juga tersedia dan pihak pemaju menyediakan perisian penyunting peta untuk anda menyunting peta kustom. Sudah tentu pemaju telah memperhalusi atau menaik taraf resolusi cutscene dalam permainan, menjadikannya lebih bagus. Jadi ini antara ciri-ciri yang ada dalam Command & Conquer Remastered Collection ini;

  • Graphics Switching: Tukar masa nyata antara grafik lama atau 4K remaster ketika dalam mod solo
  • .Bonus Gallery: Mengandungi lebih dari 4 jam rakaman B-roll, pembuatan foto dan trek muzik yang belum dirilis
  • Muzik: Nikmati muzik remaster lebih dari 7 jam, termasuk 20 trek muzik yang dirakam secara langsung oleh komposer asal Frank Klepacki dan Tiberian Sons.
  • Mod Sokongan: Cipta, kongsi dan mainkan mod dengan Steam Workshop.
  • Sinematik: Selami diri anda dalam rakaman sinematik video footage penuh berjam-jam.
  • UI Sidebar yang dipertingkatkan: UI Sidebar yang direka semula sepenuhnya menggunakan pendekatan moden dengan pengurangan scrolling.
  • Jukebox: Sesuaikan keseluruhan soundtrack anda melalui Jukebox yang disempurnakan dengan sokongan senarai main.
  • Lobi Permainan Custom: Jadi tuan rumah dan sertai lobi permainan tersuai untuk menetapkan peraturan permainan, pasukan, dan peta.
  • Bangkit Melalui Rank: Pergi head to head dalam Quickmatch 1v1, dan berjuang hingga ke rank Papan Leaderboard.
  • Lihat Semua Aksi: Jangan ketinggalan satu minit kombat pun dengan mod Replays dan Observer.
  • Dari konsol ke PC: Alami misi konsol asal sekarang di PC.
  • Sinematik Konsol: Tonton video sinematik konsol asal sekarang di PC, yang menampilkan General Carville kegemaran komuniti.
  • Peta: Kendalikan kawasan dengan Editor Peta, tersedia pada versi Origin dan Steam.
  • Seleksi Misi: Jejaki kemajuan kempen anda di Mission Selection Screen baru.
  • Camera Zoom: Zoom kamera antara jarak DOS dan Gold lama untuk melihat lebih baik di medan perang.
  • Mod Skirmish: Tewaskan AI dengan tetapan kesukaran yang dapat dikawal dalam mod Skirmish, baru untuk Tiberian Dawn.
  • Hotkeys kustom: Penyesuaian Hotkey dalam permainan, sekarang dengan sokongan untuk UI Sidebar baru.
  • EVA: Antaramuka pertempuran anda terdengar lebih baik daripada sebelumnya! Pelakon asal suara, Kia Huntzinger, mengulangi peranannya sebagai EVA dan merakam semula barisnya dalam definisi tinggi untuk Tiberian Dawn.
  • Kawal Penambahbaikan: Nikmati kawalan tetikus yang dikemas kini, pergerakan kamera, antrian unit, dan peningkatan pilihan.

Spesifikasi PC- Command & Conquer  Remastered Collection

MINIMUM: RECOMMENDED:
Memerlukan pemproses dan sistem operasi 64-bit Memerlukan pemproses dan sistem operasi 64-bit
OS: Windows 8.1/10 (64-bit Version) Windows 8.1/10 (64-bit Version)
Pemproses: Intel Core 2 Duo E4600 @ 2.4ghz or AMD Athlon 64 X2 6400 @ 2.4ghz Intel Core i5 4690K or AMD Ryzen 7 1700
Memori: 4 GB RAM 4 GB RAM
Grafik: NVIDIA GeForce GT 420 or ATI Radeon HD 5570 NVIDIA GeForce GTX 660 or ATI Radeon HD 7850
DirectX: Version 11 Version 11
Network: Broadband Internet connection Broadband Internet connection
Storan: 32 GB available space 32 GB available space
Nota tambahan: Install on SSD

Kesimpulannya~

Walaupun Command & Conquer  Remastered Collection ini hanyalah permainan remastered, tetapi pembangun tahu apa yang diperlukan oleh pemain, sehingga kami masih merasa kenikmatan permainan ini. Bagi kami, melihat pembinaan dibina dalam resolusi tinggi, memang berasa sangat puas, apabila kami mendengar “building”, “On Hold”, “insufficient funds“ kesan bunyi seperti ini, ia mengembalikan memori yang seronok termasuk ketika kami bermain di Kafe Siber suatu ketika dahulu ketika bermain Command & Conquer.

Namun, Command & Conquer Remastered Collection adalah permainan RTS seperti yang lalu, jadi tiada perubahan untuk itu dan tidak mudah untuk dimainkan kerana perlukan takti pembinaan base kita sendiri walaupun dalam mod Normal terasa pula kepayahannya. Dan permainan ini menggabungkan semua DLC serta kandungan eksklusif ke dalam satu permainan, jadi sangat bagus untuk pemain yang ingin bermain atau hanya sebagai item koleksi kerana harganya hanyalah RM79.00 sahaja!

Jangan terlupa, anda boleh menikmati kisah epik Command & Conquer: Tiberian Dawn dan Command & Conquer: Red Alert dengan bermain kempen solo, boleh mencabar orang lain dalam talian, jadi bekerjasama dengan pemain lain, jadi anda benar-benar akan menghabiskan banyak masa dalam permainan ini dan sememangnya sangat berbaloi.

Muat turun di sini
Command & Conquer Remastered Collection
Publisher: Electronic Arts (EA)
Release Date: 2020-06-06
Microsoft Windows
Command & Conquer dan Red Alert kedua-duanya dibuat semula dalam 4K oleh bekas ahli pasukan Westwood Studios. Termasuk ketiga pengembangan, berbilang pemain yang dibina semula, UI yang dimodenkan, Editor Peta, galeri rakaman bonus, dan lebih dari 7 jam muzik yang dibuat semula.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Command & Conquer Remastered Collection

8 Score

Walaupun masih dalam keadaan RTS, dan tidaklah sehebat 3D game baru, Command & Conquer Remastered Collection telah memberikan yang terbaik dalam pembuatannya! Jadi tak salah kembali kezaman Lagenda!

PROS

  • Permainan menyokong resolusi 4K, Keperluan untuk spesifikasi tidak begitu tinggi
  • Game merangkumi semua kempen, DLC dan kandungan eksklusif. Oleh itu pemain boleh menikmati semua kandungan dalam permainan ini
  • Tiada transaksi dalam permainan
  • Model dan peta yang disempurnakan dengan baik
  • Permainan masih mencabar

CONS

  • Sistem resolusi perubahan bar ruang, mereka tidak akan memberi anda petunjuk dalam permainan.

Review Breakdown

  • Bagi peminat C&C dari dulu, korang memang patut main balik la! 0
Tags: ASUS TUF GAMING A15Command & ConquerCommand & Conquer Remastered CollectionCommand & Conquer Remastered Collection ReviewCommand & Conquer: Tiberiandan Command & Conquer: Red AlerteaPetroglyph GamesUlasan Command & Conquer Remastered Collection
Previous Post

RAZER menyertai Komuniti Gaming dalam Penentangan Terhadap COVID-19

Next Post

UNIQLO melancarkan koleksi UT Pokémon bermula 15 Jun di kedai terpilih, dan pada 16 Jun untuk semua! Khas untuk peminat!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
TAL: The Arcane Lands – AAA Open-World RPG Baharu Berlatarkan Korea Kuno!
Berita

TAL: The Arcane Lands – AAA Open-World RPG Baharu Berlatarkan Korea Kuno!

May 8, 2025
Civilization: Eras & Allies Cecah Lebih 700,000 Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran Jun Ini
Mobile

Civilization: Eras & Allies Cecah Lebih 700,000 Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran Jun Ini

May 8, 2025
Next Post
UNIQLO melancarkan koleksi UT Pokémon bermula 15 Jun di kedai terpilih, dan pada 16 Jun untuk semua! Khas untuk peminat!

UNIQLO melancarkan koleksi UT Pokémon bermula 15 Jun di kedai terpilih, dan pada 16 Jun untuk semua! Khas untuk peminat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd