Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Oshi no Ko: Tragedi Berulang Dengan Kematian Watak Utama? (SPOILER)

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 22, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Manga, Spoiler
0 0
0
Oshi no Ko: Tragedi Berulang Dengan Kematian Watak Utama? (SPOILER)
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun mengisahkan tentang idol, Oshi no Ko sebenarnya adalah manga yang sangat gelap dengan tema dewasa. Dengan pelbagai plot twist dan bermacam-macam cliffhanger, bab terbaru Oshi no Ko mungkin adalah yang paling mengejutkan setakat ini dengan kematian salah satu watak utama.

New Chapter UP
(For English Series)

【OSHI NO KO】 Chap 158https://t.co/EYMxYmQQ7V pic.twitter.com/kNVHpViCdZ

— MANGA Plus by SHUEISHA (@mangaplus_o) August 21, 2024

AMARAN! SPOILER UNTUK OSHI NO KO BAB 158!!

Bab 158 bermula dengan cukup riang di mana kita melihat Ruby Hoshino dan Akane Kurokawa berbual selepas konsert B-Komachi di Miyazaki.

Selepas menjadi semakin popular, Ruby kini dipuji oleh sesetengah peminat sebagai idol yang lebih baik daripada Ai Hoshino. Bagi seorang idol, asalkan jumlah peminat semakin bertambah, itu sahaja yang penting. Tetapi kerana itu, sesetengah peminat tidak menyukai Ruby dan ingin melihatnya gagal atau cuba untuk menghancurkan kerjaya/hidupnya.

Kredit: Shueisha

Adegan kemudian beralih kepada Fuyuko Niino yang sedang bercakap dengan Hikaru Kamiki (antagonis utama) di telefon. Kamiki mencadangkan agar mereka pergi ke polis dan mendedahkan jenayah masing-masing, supaya boleh mendapat pengampunan walaupun sedikit. Tetapi, Fuyuko tidak bersedia untuk semua itu.

Ramai yang tidak tahu, Fuyuko Niino sebenarnya ialah antagonis terakhir dalam Oshi no Ko. Merupakan antara ahli original B-Komachi, dia adalah bekas ‘center’ untuk B-Komachi sebelum posisi itu diambil oleh Ai Hoshino.

Kredit: Shueisha

Walaupun membenci rakannya kerana mengambil posisi yang diidamkan, selepas kematian Ai, dia sangat menyesal kerana membiarkan rasa cemburu itu memecah belah hubungan mereka. Kejadian ini mengakibatkan Fuyuko mempunyai obsesi toksik terhadap idol tersebut.

Selepas panggilan itu, masa pun berlalu ke Hari Krismas, yang juga adalah hari terakhir untuk konsert B-Komachi dan persembahan terakhir Kana Arima.

Di penghujung bab, seorang individu gila tiba-tiba telah menikam Ruby, semasa gadis itu membuka pintu rumah. Adegan ini sama seperti yang berlaku kepada Ai dalam bab 9, dan mengikut penampilannya, individu gila itu mungkin adalah Fuyuko Niino.

Kredit: Shueisha

Persoalannya, adakah Ruby akan terselamat? Ibunya Ai tidak cukup bernasib baik, tetapi Ruby mungkin dapat mengubahnya. Adakah siri ini akan tamat dengan kematian watak utama – kami akan tahu apa berlaku apabila Oshi no Ko bab 159 dikeluarkan.

Untuk membaca apa yang berlaku, anda boleh pergi ke laman web rasmi Manga Plus.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Oshi no Ko
ShareTweetSend
Previous Post

Secret Level — Siri Animasi Yang Menampilkan Francais Game Kegemaran Dunia!

Next Post

Interviu Gundam Breaker 4 – Membenarkan Pemain Mencipta Gunpla Impian!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Interviu Gundam Breaker 4 – Membenarkan Pemain Mencipta Gunpla Impian!

Interviu Gundam Breaker 4 - Membenarkan Pemain Mencipta Gunpla Impian!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd