Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One-Punch Man Season 3 akan diuruskan oleh MAPPA, anime pasti lagi gempak [khabar angin]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 7, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Khabar angin, Manga
0 0
0
One-Punch Man Season 3 akan diuruskan oleh MAPPA, anime pasti lagi gempak [khabar angin]
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun One-Punch Man Season 3 adalah antara anime yang paling dinanti-nantikan, ramai peminat bimbang kerana sudah lama tiada maklumat baru. Namun, kami mendapat berita baru bahawa One-Punch Man Season 3 kemungkinan besar akan dianimasikan oleh MAPPA.

Secara lebih khusus lagi, info ini datang daripada leaker/pembocor info terkenal @shonenleaks di Twitter. Mula-mula, dia mengusik bahawa One-Punch Man S3 nampak “gempak” dan kemudian memuat naik tweet yang memberitahu Season 3 akan dianimasikan oleh MAPPA.

https://twitter.com/shonenleaks/status/1600304393332531202

Malangnya, dia tidak mendedahkan daripada mana info itu berasal tetapi kata-kata @shonenleaks terbukti sangat tepat banyak kali pada masa lepas. Namun, ini masih adalah khabar angin, jadi janganlah anda semua letak harapan 100% dahulu.

Bagi mereka yang tidak tahu, One-Punch Man karya ONE dan Yusuke Murata ialah salah satu siri paling popular di seluruh dunia, di mana adaptasi anime serta-merta disambut positif oleh orang ramai apabila pertama kali dikeluarkan.

Walau bagaimanapun, tidak semua berjalan lancar. Ia mempunyai beberapa masalah berkenaan studio animasi kerana Season 1 diuruskan oleh Madhouse (yang ramai puji kerana animasi yang cantik dan kemas) tetapi kemudian diambil alih oleh J.C.Staff untuk Season 2. Tanpa sebab yang kukuh, ramai orang mendapati kualiti animasi telah menurun dan menganggap Season 2 sebagai satu kekecewaan.

Kini, tiga dan setengah tahun telah berlalu selepas Season 2 tamat, jadi saya faham mengapa ramai peminat tertanya tentang keadaan Season 3 – terutamanya studio manakah yang akan menguruskan animasi.

Buat masa sekarang, pihak produksi hanya mengeluarkan gambar teaser yang menampilkan Saitama dan Garou, jadi sudah pasti musim seterusnya akhirnya akan menyentuh pertarungan epik mereka berdua dan Hero Association vs Monster Association.

Dengan bantuan MAPPA untuk Season, saya yakin masa depan anime One-Punch Man amat cerah – lagi-lagi kerana studio itu yang menghasilkan pelbagai anime hebat seperti Chainsaw Man, Jujutsu Kaisen, dan Attack on Titan Final Season.

Untuk membaca segala liputan kami tentang One-Punch Man, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeMAPPAOne-Punch ManOne-Punch Man Season 3
Previous Post

Dead Island 2 dedah visual baru, kandungan pra-pesan & Alexa Game Control!

Next Post

Rainbow Six bawakan Operator baru, map baru & banyak lagi di Operation Solar Raid!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
Rainbow Six bawakan Operator baru, map baru & banyak lagi di Operation Solar Raid!

Rainbow Six bawakan Operator baru, map baru & banyak lagi di Operation Solar Raid!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd