Penantian hampir berakhir! One Punch Man Season 3 rasmi akan disiarkan pada tahun 2025, bertepatan dengan ulang tahun ke-10 musim pertamanya. Berita ini diumumkan di laman web rasmi One Punch Man, yang turut mendedahkan rancangan 10 fasa untuk memperingati pencapaian istimewa ini.
1stPunch👊
Anime One-Punch Man” Season 3 scheduled to air in 2025!
The newest Season of the series is scheduled to air in the 10th anniversary year of when the First Season aired!
Look forward to more information.https://t.co/XQLgmpyNj3#onepunchman pic.twitter.com/6XfNtJfYe3— TVアニメ「ワンパンマン」公式 (@opm_anime) December 13, 2024
Sejak debutnya pada tahun 2015, One Punch Man, berdasarkan manga karya ONE dan Yūsuke Murata, telah memikat hati peminat di seluruh dunia. Siri ini telah menampilkan dua musim penuh aksi, masing-masing dengan 12 episod, serta 12 OVA.
Namun, perjalanan menuju Season 3 mengambil masa yang panjang, dengan jurang enam tahun sejak Season 2 ditayangkan pada tahun 2019.
Musim baru ini akan dihasilkan oleh studio J.C. Staff, yang turut bertanggungjawab ke atas Season 2. Sebahagian besar pelakon suara dan kru produksi dari musim sebelumnya akan kembali.
Sambutan Ulang Tahun Ke-10 One Punch Man
Bagi meraikan ulang tahun ke-10 anime ini, siri ini melancarkan projek menarik yang merangkamui “10 Fasa”, dengan tayangan perdana Season 3 sebagai fasa yang pertama. Berikut adalah apa yang telah disahkan setakat ini:
- Tayangan Perdana One Punch Man Season 3: Akan disiarkan pada tahun 2025, membawa babak baharu dalam perjalanan epik Saitama.
- Visual Ulang Tahun Ke-10: Visual baharu dilancarkan untuk memperingati sedekad francais ini.
2ndPunch👊
The 10thanniversary visual and logo has been revealed!
The visual contains newly drawn artwork of ten characters
Saitama
Genos
Terrible Tornado
Hellish Blizzard
Suiryu
Speed-o’-Sound Sonic
Garou
Vaccine Man
Deep Sea King
Boroshttps://t.co/XQLgmpyNj3#onepunchman pic.twitter.com/gftaKSATnR— TVアニメ「ワンパンマン」公式 (@opm_anime) December 13, 2024
- Video Promosi dengan Sarikata Bahasa Inggeris: Tersedia online untuk peminat di seluruh dunia.
- Klip Sorotan di YouTube: Urutan pembukaan dan penutup dari dua musim pertama, serta episod pertama setiap musim (episod #1 dan #13), akan disiarkan secara global dengan sarikata Bahasa Inggeris.
4th Punch👊
The non-credit Opening and Ending of both Season 1 and 2 had been released!
Check out the videos in the following thread.https://t.co/RkFGEpP6Rh#onepunchman pic.twitter.com/Ce4TBSKDWG— TVアニメ「ワンパンマン」公式 (@opm_anime) December 13, 2024
- Festival Muzik “Maji Ongaku-Sai”: Acara ini akan berlangsung pada 14 September 2025 di Nerima Cultural Center, Tokyo, dengan penampilan daripada JAM Project, Hiroko Moriguchi, Makoto Miyazaki, serta pelakon suara Makoto Furukawa, Kaito Ishikawa, dan Hikaru Midorikawa.
6th Punch👊
A music event
“One-Punch Man Serious Music Festival”
will be held on September 14 2025!There will be Special live performances of OP & ED and the anime’s musical score as well as a live reading from the cast!
More informationhttps://t.co/RFdMShxCmB#onepunchman— TVアニメ「ワンパンマン」公式 (@opm_anime) December 13, 2024
Empat “fasa ” lain dalam rancangan ini akan diumumkan kemudian.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post