Dalam bab sebelum ini, Garou telah mencapai evolusinya yang terhebat selepas menerima kuasa daripada God dan membunuh Genos dengan sangat kejam. Pembunuhan itu bertujuan untuk melepaskan kuasa Saitama yang sebenar. Saitama memegang “core” Genos dan melepaskan serangan bertubi-tubi terhadap Garou sehingga salah satu daripada bulan hancur.
AMARAN: KANDUNGAN BAWAH MENGANDUNGI SPOILER ONE-PUNCH MAN BAB 167

Hero nombor 1, Blast sedar bahawa tumbukan Saitama dan Garou boleh membawa kemusnahan kepada bumi. Jadi, di menggunakan kelajuannya untuk membuka portal dan teleport Saitama dan Garou ke luar angkasa tetapi tidak jauh daripada bumi.

Walaupun begitu, impak yang dihasilkan oleh mereka berdua masih terkena kepada bumi. Rakan sepasukan Blast muncul dan membantu Blast memindahkan impak ke alam semesta lain. Bumi dapat diselamatkan tetapi sebahagian daripada alam semesta telah dipadam.
Selepas daripada impak tersebut, Saitama dan Garou tercampak sama sehingga ke bulan Jupiter. Saitama berasa lega selepas mengetahui yang dia berada jauh dari bumi. Jadi, dia boleh menggunakan keseluruhan kuasanya tanpa merisaukan tentang bumi.

Gorou mencadangkan untuk mencari jalan balik ke bumi tetapi Saitama menolak dengan bercakap “itu akan difikirkan selepas saya mengalahkan awak.”
Jika kita lihat pada bab terbaru ini, Saitama nampak sangat marah atas kematian Genos. Dalam masa yang sama, dia ambil berat tentang Genos dan memikirkan cara untuk menghidupkan Genos kembali. Dengan memegang “core” Genos di sebelah tangan, ini bermakna Saitama akan berlawan dengan Garou dengan hanya satu tangan.

Garou cuba untuk menghantar Saitama pergi dengan menggunakan portal tetapi dengan mudah dia sepak portal tersebut. Lalu, Saitama melancarkan serangan balas dengan menggunakan “Serious Punch” ke muka Garou dan bermulalah serangan bertubi oleh kedua-dua mereka.
Garou yang menggunakan portal untuk memukul Saitama terkejut selepas dia melihat yang portalnya dipindahkan dengan mudah dan menerima uppercut.

Selepas mengetahui yang satu portal tidak boleh digunakan untuk melawan Saitama, Garou membuka beberapa portal sekeliling Saitama dan mencuba beberapa serangan kepada Saitama termasuk “Roaring Aura Sky Ripping, Water Stream Rock Smashing, Exploding Heart Release dan banyak lagi. Serangan-serangan terebut mendarat ke Saitama.

Gorou menggunakan serangan Gravity Knuckle Nuclear Fission terhadap Saitama dan sekali gus menghancurkan sutnya. Selepas sutnya hancur, Saitama mengamuk dan menggunakan “Killer Move: Serious Series – Serious Table Flip” yang membuatkan bulan Jupiter itu hancur.

Dengan serpihan daripada bulan itu terbang merata, Saitama menggunakan “Killer Move: Serious Series – Serious Punch Omnidirectional” yang menghasilkan bayangan Saitama dan diri sebenarnya muncul dari portal yang dibuka oleh Garou. Selepas menerima pukulan daripada Saitama, Garou terasa terperangkap dan membuat keputusan untuk meniru semua pergerakan Saitama sehingga dia menang.

Bab 167 berakhir dengan sangat epik yang menampilkan Saitama dan Garou menerima tumbukan masing-masing di muka.
Selain itu, mangaka One-Punch Man Yusuke Murata mendedahkan di Twitter rasminya pada 7 Julai 2022 bahawa manga ini akan berakhir tidak lama lagi dengan berkata “siri ini akan berakhir tidak lama lagi tetapi kami akan berikan yang terbaik bersama ONE sensei.”
Apa pendapat anda berkenaan One-Punch Man bab 167 yang menampilkan Saitama sangat serius dan mengamuk sehingga bulan Jupiter hancur. Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai One-Punch Man, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post