Monkey D. Garp merupakan antara hero legenda dalam dunia One Piece dan walaupun dia adalah askar Marine, majoriti peminat amat menyukainya. Malah, dia antara watak paling popular dalam siri selama bertahun-tahun kerana personalitinya yang lucu, mengutamakan keadilan dan mementingkan kawan seperti cucunya, Luffy. Malangnya, tragedi baru telah menimpa watak tersebut kerana Garp mungkin telah mati dalam bab terkini manga One Piece.
Kisah penuh adalah seperti berikut:
AMARAN! SPOILER ONE PIECE BAB 1087 & 1088 DI BAWAH! BACA BAB SEBELUM DI SINI!

Ringkasan: Garp tiba di Pirate Island untuk menyelamatkan Koby yang diculik oleh Blackbeard Pirates. Ternyata, misi ini tidak mudah kerana pulau itu penuh dengan krew Blackbeard, termasuk bekas Marine Admiral, Aokiji (kini dipanggil sebagai Kuzan).
Rupanya, hubungan mereka lebih rumit daripada yang kita sangkakan kerana Kuzan dahulu adalah murid yang paling disayangi oleh Garp, sama seperti Koby sekarang. Kekuatan Garp juga dipamerkan dalam adegan ini apabila dia menghadapi menghadapi Kuzan dan semua lanun Blackbeards sekaligus, tanpa banyak masalah.

Tetapi, keadaan berubah apabila Koby terjatuh ke dalam perangkap, yang membuatkannya terdedah kepada serangan Shiryu. Demi menyelamatkan Koby, Garp membiarkan badannya ditikam oleh pedang Shiryu yang diselubungi oleh Haki. Walaupun cedera parah, Garp masih dapat menewaskan Shiryu dengan satu tumbukan.
Kuzan kembali untuk melawan Garp dan kedua-duanya menumbuk muka masing-masing dengan tumbukan bersalut Haki, sehingga ke belakang. Garp bangkit sekali lagi dan memikirkan rancangan supaya askar Marine dapat melarikan diri.

Di adegan lain, semua Marine di kapal Garp dalam keadaan panik kerana Avalo Pizarro (salah seorang Ten Titanic Captain dalam krew Blackbeard) cuba untuk menghancurkan kapal dengan tangan gergasi yang diperbuat daripada sebahagian pulau.
Walaupun ditembak meriam, tiada satu serangan yang berfungsi – jadi Tashigi memerintahkan semua orang untuk meninggalkan kapal dan melindungi orang awam. Di pulau, Garp memberitahu Koby, Prince Grus, dan Helmeppo bahawa mereka boleh menyelamatkan sekutu bersama-sama.

Garp berdiri semula dan Kuzan bertanya ke mana dia hendak pergi sedangkan cedera parah seperti itu. Garp berkata ini hanya “luka ringan” dan menyerbu bekas muridnya lalu berlari dengan pantas ke batu tengkorak besar yang dihuni oleh Pizarro.
Tiba sahaja, dia menggunakan serangan bernama Galaxy Divide untuk membelah batu itu kepada dua (serangan ini juga mencederakan badan utama Pizarro).

Melihat peluang itu, Koby melompat ke udara untuk melancarkan serangan sendiri ke tangan buatan Pizzaro (tangan sama yang menghalang pihak Marine daripada melarikan diri). Rupanya, Koby telah berlatih tanpa henti secara rahsia supaya boleh menjadi lebih kuat.
Di udara, Koby melancarkan Honesty Impact; tumbukan kuat disalut dengan Armament Haki yang membelah seluruh tangan Pizarro.

Helmeppo menangkap Koby manakala Grus menggunakan abiliti Clay Nest untuk membuat jaring labah-labah tanah liat untuk menangkap serpihan batu yang terjatuh. Mereka bertiga naik ke atas kapal dan dipanggil oleh Garp yang melaporkan bahawa misi itu berjaya.
Malangnya, Garp menyuruh semua orang untuk meninggalkannya dan selamatkan diri mereka sendiri. Walaupun berat, akhirnya semua orang terpaksa akur dengan perintah itu.

Di muka surat terakhir, keadaan Garp nampaknya di ambang kematian. Dadanya telah ditikam oleh Kuzan manakala badannya dibekukan hingga ke keadaan hampir mati. Sebelum dibekukan sepenuhnya, Garp memberitahu bahawa semua Marine yang ada di sana adalah masa depan Navy. Selepas itu, Garp dibekukan dan nasib sebenarnya tidak diketahui.
Keesokan hari, berita tentang kehilangan Garp telah disebarkan dalam surat khabar di seluruh dunia.
Pasti ramai peminat tertanya-tanya sama ada Garp telah mati atau tidak? Bagi saya, saya rasa dia hanya ditangkap oleh Blackbeard dan dijadikan tebusan… tetapi ada juga yang berspekulasi bahawa dia betul-betul mati. Apa pendapat korang pula? Jom kongsi di ruang komen!
Baca segala berita kami tentang One Piece di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post