Selepas berehat selama 2 minggu, manga One Piece akhirnya mengeluarkan bab baharu yang tertumpu pada kejadian di Egghead Island. Setiap Straw Hat kini terperangkap bertarung dengan tiga Seraphim berbeza dan ternyata ada seorang pengkhianat yang ingin membunuh Vegapunk. Apa yang sebenarnya terjadi di One Piece 1077?
Berikut adalah rumusan padat.
AMARAN! SPOILER UNTUK ONE PIECE BAB 1077 DI BAWAH!! BACA BAB 1076 DI SINI!
Egghead island akan hadapi bencana

Sentomaru mengarahkan semua orang di Egghead Island untuk melarikan diri dari pulau. Apabila mereka bertanya “mengapa?”, Sentomaru menjelaskan tentang pulau Ohara (tempat kelahiran Nico Robin), yang dimusnahkan sepenuhnya kerana menentang World Government. Jika World Government serius ingin membunuh Dr. Vegapunk, Sentomaru jangka sesuatu yang lebih buruk akan berlaku pada Egghead Island.
Straw Hat lawan Seraphim

Luffy, Lucci, Zoro, dan Kaku sedang berlawan S-Bear dan S-Hawk tetapi tidak dapat mencederakan mereka. Semasa bertarung, Zoro sedar bahawa kedua-dua Seraphim itu menyerupai King, daripada krew Beast Pirate milik Kaido. Di sini, Shaka (salah satu badan Vegapunk) menyedari King ialah Alber, yang melarikan daripada Punk Hazard dengan Kaido (selepas menjadi bahan uji kaji).
Zoro memberitahu Luffy, Lucci, dan Kaku supaya menghapuskan api di belakang badan Seraphim kerana ini akan menghilangkan pertahanan mereka dan menyusun semula pelan pertarungan masing-masing. Pada ketika itu, Shaka meninggalkan bilik kerana dapat tahu di mana Vegapunk berada.

Di bangunan lain, kumpulan Nami sedang berlawan S-Shark, yang dapat mengalahkan Brook dan Edison (seorang lagi badan Vegapunk). Nami menyeru Zeus yang menggunakan ‘Raitei’ untuk menyerang S-Shark. Sedikit cedera, S-Shark berjaya menyelam ke dalam tanah dan kini menumpukan perhatian pada Nami. Brook memberi amaran kepada Nami supaya mengelak serangan S-Shark tetapi tiba-tiba diselamatkan oleh Sanji yang menyepak S-Shark ke belakang.

Di bangunan lain, kumpulan Franky sedang berlawan S-Snake. Marah kerana York bertukar jadi batu, Lilith menembak Seraphim itu dengan senjata Bubble Gun. yang dibuat daripada bahan laut. Memandangkan S-Snake dicipta menggunakan darah sintesis pengguna Devil Fruit, dia pun memiliki kelemahan yang sama.
Franky cuba untuk membantu tetapi S-Snake menukar sebahagian daripada badan Franky kepada batu. Menggunakan teknik charm, S-Snake kemudian memikat hati Liith dan Usopp lalu mengubah mereka kepada batu dengan Mero Mero Mellow.
Shaka dibunuh pengkhianat??

Di bawah tanah, Shaka berjaya menemui semua ejen Cipher Pol dan Dr. Vegapunk yang dikurung dalam makmal penyelidikan Devil Fruit. Pada saat ini, Vegapunk bertanya kepada Shaka – “Siapa di belakangmu?” – tetapi sebaik sahaja menoleh, kepala Shaka serta merta ditembak. Shaka rebah ke tanah, (kemungkinan besar mati) di mana kita dapat melihat wajah terkejut Vegapunk apabila individu misteri itu datang menghampiri.
Maka, tamatlah rumusan padat saya untuk One Piece bab 1077. Untuk membaca segala liputan kami tentang francais One Piece, sila tekan pautan ini.
Gamer Santai juga sedang mengadakan giveaway di mana korang boleh memenangi PS5 Digital Edition! Nak tahu cara-cara untuk sertai? Baca SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post