Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece: Penjelasan lengkap tentang jenis-jenis Haki!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 12, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
One Piece: Penjelasan lengkap tentang jenis-jenis Haki!
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun Devil Fruit lebih terkenal dalam One Piece, Haki adalah satu lagi elemen penting dalam siri ini sejak diperkenalkan. Tanpa sedar, unsur Haki berjaya disatukan dalam naratif keseluruhan One Piece dalam cara yang menarik di mana pencipta, Eiichiro Oda, memberi petunjuk tentang elemen ini secara senyap. Ramai tidak tahu apa itu Haki apabila ia pertama kali diperkenalkan, dan tidak banyak maklumat dikongsikan sehinggalah ia dijelaskan secara rasmi. Oleh itu, mari kita belajar semula apa itu Haki, bagaimana ia digunakan dan mengapa ia penting. Di sini, saya akan memberi penjelasan ringkas tapi lengkap tentang jenis-jenis Haki dalam siri One Piece!

Sama seperti Chakra di Naruto dan Ki di Dragon Ball, Haki merupakan tenaga yang terkandung dalam semua makhluk hidup di dunia One Piece. Kebanyakan orang tidak sedar tentang kewujudan Haki, namun ternyata ia diperlukan untuk seseorang bertahan hidup di New World. Haki dapat dipecahkan kepada tiga jenis, di mana setiap satu memberikan kelebihan yang berbeza. Harap maklum, seorang pengguna sebenarnya dapat menggunakan satu atau lebih jenis Haki pada satu masa yang sama tetapi ia bergantung kepada tahap kemahirannya.

Observation Haki

Jenis Haki One Piece: Observation Haki

Yang pertama adalah Kenbunshoku Haki, atau Observation Haki. Observation Haki membolehkan seseorang untuk mengesan: apa-apa jenis serangan, kehadiran mana-mana individu dan bahkan emosi. Ini sebenarnya adalah Haki pertama yang ditunjukkan, dan digunakan oleh Eneru semasa arc Skypiea (tetapi disebut dengan nama “Mantra.”) Jarak dan tahap keberkesanan bergantung pada kecekapan dan bakat pengguna kerana beberapa watak seperti Luffy atau Zoro lebih cekap membaca serangan musuh dari jarak dekat, manakala watak seperti Eneru atau Usopp dapat mengesan kehadiran setiap musuh dari jarak jauh.

Jenis Haki One Piece: Observation Haki

Satu contoh yang bagus untuk Kenbunshoku Haki dapat dilihat oleh Charlotte Katakuri, di mana dia mampu melihat masa depan untuk sementara waktu. Ini dilihat pada bab #860, di mana dia mengesan dan dengan serta-merta menggagalkan cubaan pembunuhan ke atas Big Mom yang sepatutnya berlaku beberapa saat kemudian. Katakuri kemudian akan menggunakan Observation Haki semasa melawan Luffy, dengan meningkatkan ketepatan serangannya sehingga Luffy (yang merupakan seorang lagi pengguna Observation Haki yang hebat) mengalami kesukaran untuk mengelak serangan Katakuri.

RelatedPosts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

Armament Haki

Busoshoku Haki atau Armament Haki akan mengubah Haki seseorang (secara fizikal) menjadi perisai lantas memberikan kemampuan ofensif dan defensif yang hebat. Ia digunakan buat pertama kali oleh Garp, yang berjaya menumbuk Luffy walaupun tubuhnya dalam bentuk getah. Dengan menggunakan jenis Haki ini, seseorang dapat menyentuh dan mencederakan pengguna Devil Fruit jenis Logia yang badannya menjadi unsur elemental (contoh: Smoker yang badannya boleh berubah kepada asap).

Jenis Haki One Piece: Armament Haki

Pengguna Armament Haki juga dapat menyalurkan Haki ini kepada senjata mereka, seperti Zoro dengan pedangnya, atau meletakkan lapisan Haki di seluruh tubuh mereka, seperti yang dilakukan oleh Jinbei. Bagi Luffy, dia mencipta teknik Gear Fourth dengan menggembungkan tubuhnya sambil meletakkan lapisan Armament Haki pada tubuhnya. Ini membolehkan dia mengekalkan sifat-sifat getah yang mudah lentur sambil menjadikan badannya keras dan tahan lasak. Armament Haki juga ada tahap yang lebih tinggi dan dapat digunakan untuk mencederakan seseorang tanpa bersentuhan. Ini berlaku apabila seseorang menghantar tenaga Haki kepada musuh melalui serangan mereka. Luffy mempelajari teknik ini oleh Hyogoro di Penjara Udon.

Conqueror’s Haki

Jenis Haki One Piece: Conqueror's Haki

Haoshoku Haki atau Conqueror’s Haki adalah Haki terakhir saya akan jelaskan. Ia unik kerana tidak semua orang boleh mempelajari teknik ini. Sebaliknya, hanya satu dari beberapa juta orang memiliki bakat untuk menggunakannya. Conqueror’s Haki membolehkan pengguna menggandakan tahap “willpower” atau “spiritual pressure” ke atas orang lain dalam bentuk yang tidak dapat dilihat. Apabila diaktifkan, sesiapa yang lagi lemah daripada pengguna tersebut atau tidak mempunyai “spiritual pressure” yang tinggi akan kehilangan keazaman untuk berlawan atau terus pengsan. Kali pertama kita melihat ia digunakan dalam One Piece adalah ketika Shanks menyelamatkan Luffy dari Sea King. Luffy kemudian menggunakan Conqueror’s Haki tanpa sedar semasa menyelamatkan Marigold di Amazon Lily dan menyelamatkan Ace di Marineford.

Jenis Haki One Piece: Conqueror's Haki

Menurut Kaido, hanya segelintir orang yang dapat menggunakan Conqueror’s Haki pada tahap yang lebih tinggi. Sama seperti Armament Haki, pengguna dapat menyalurkan Conqueror’s Haki ke dalam badan atau senjata untuk meningkatkan lagi kemampuan fizikal mereka. Dengan melakukan teknik tersebut, ia akan mencipta sejenis petir atau kilat hitam. Ini ditunjukkan semasa Whitebeard dan Roger bertarung antara satu sama lain semasa “flashback” Kozuki Oden. Luffy pula akhirnya dapat mencederakan Kaido di Onigashima selepas menemui teknik ini.


Itu sahaja untuk penjelasan saya buat masa ini. Haki sebenarnya penting kepada watak-watak, seperti Sanji atau Zoro, yang tidak memakan Devil Fruit dan merupakan salah satu cara untuk menjadi lebih kuat dan kononnya “setaraf” dengan pengguna Devil Fruit. Bagi saya, Haki memiliki keunikan yang sama seperti Devil Fruit dan berjaya mencipta identiti tersendiri dalam dunia anime sebagai salah satu jurus terhebat. Saya tidak sabar untuk melihat apa yang akan berlaku selepas ini dalam siri One Piece. Adakah akan ada bentuk Haki baru? Adakah Luffy akan menemui teknik baru yang menggabungkan teknik Haki dengan kebolehan getahnya? Jom kongsi pendapat dengan saya di ruang komen!

Selain Haki, saya juga memberi penjelasan ringkas tentang Devil Fruit yang anda boleh baca di sini. Untuk segala liputan kami tentang One Piece, sila tekan pautan ini.

Sumber – One Piece Fandom

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animehakimangaone piece
Previous Post

Masa untuk membeli-belah! Game-game gempak ini kini Diskaun hingga 80% di Steam!

Next Post

[Kerjaya] Jawatan Sumber Manusia di Digital Braves kini dibuka untuk anda mohon!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[Kerjaya] Jawatan Sumber Manusia di Digital Braves kini dibuka untuk anda mohon!

[Kerjaya] Jawatan Sumber Manusia di Digital Braves kini dibuka untuk anda mohon!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd