Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece Odyssey – Info lanjut tentang sistem combat termasuk mekanik dan ciri-ciri

safwan by safwan
July 5, 2022
in Action, Anime, Artikel, Berita, Game Baru, Manga, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
One Piece Odyssey – Info lanjut tentang sistem combat termasuk mekanik dan ciri-ciri
Share on FacebookShare on Twitter

Seiring dengan Anime Expo 2022, Bandai Namco telah mengeluarkan video gameplay One Piece Odyssey sepanjang 18 minit yang mendedahkan lebih banyak maklumat berkenaan combat turn-based, pengembaraan dan banyak lagi. One Piece Odyssey merupakan game JRPG yang dibangunkan oleh ILCA Inc. dan Bandai Namco Entertaiment. Tanpa melengahkan masa lagi, jom saya cerita serba sedikit tentang gameplay yang didedahkan.

Pada awal video, mereka menunjukkan menu crew di mana anda boleh membawa sehingga 4 orang krew Straw Hat Pirates dan sudah pasti setiap watak mempunyai kuasa yang berbeza dan unik. Namun, watak-watak tersebut akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Power (Luffy, Chopper, Sanji), Speed (Usopp, Franky) dan Technique (Robin) .

Seperti yang kita lihat pada video tersebut, Luffy akan mengembara bersama krewnya untuk mencari Nami yang telah berpecah di Pulau Waford. Semasa dalam perjalanan terdapat beberapa halangan yang membenarkan pemain menggunakan kuasa setiap watak untuk mengharunginya.

Contonya, Luffy menggunakan kuasa tangannya yang panjang untuk melompat dan memanjat, Zoro boleh memotong dinding dan penghalang, Chopper boleh melalui jalan yang kecil, Franky boleh membina jambatan dan sebagainya.

Dari segi perlawanan, ia dikenali sebagai “Scramble Area Battle” di mana, anda akan berjumpa monster dan akan ke masuk kawasan perlawanan. Anda akan diberikan menu yang akan mengandungi “Attack, Skill, Item dan Tactics”. Attack adalah serangan biasa yang tidak banyak memberikan damage pada musuh tetapi memberikan Tension Points (TP) untuk digunakan semasa serangan menggunakan skill.

Selain itu, anda juga akan diberikan pengalaman bermain game turn-based di mana pemain akan bergilir-gilir bersama musuh. Jadi, anda boleh merasai setiap skill watak yang sangat unik dan pelbagai. Semasa perlawanan berlangsung, pemain boleh menggunakan banyak skill yang terdapat pada setiap watak.

Namun, saya tidak rasa yang semua skill akan diberikan dalam satu masa dan mungkin akan dibuka apabila mencapai level yang ditetapkan. Setiap skill akan mempunyai sasaran berlainan sama ada sasaran tunggal ataupun berkumpulan. Contohnya, Luffy menggunakan Gum-Gum Gatling yang menyasarkan sekumpulan musuh.

Seterusnya, terdapat juga “Dramatic Scene” di mana ia akan diaktifkan mengikut keadaan. Contohnya, dalam video tersebut, mereka menunjukkan yang Usopp sedang dikelilingi oleh musuh dan mengaktifkan “Dramatic Scene”. Semasa ia berlangsung, serangan musuh akan memberikan damage yang lebih tinggi. Jika pemain menang semasa ia berlaku, pemain akan dapat ganjaran yang lebih lumayan.

Jadi, anda dah tengok video gameplay One Piece Odyssey yang menampilkan turn-based dan combat sistem yang sangat unik dan menarik? Jika belum, kami sertakan video tersebut di bawah:

Saya ingin mengingatkan anda bahawa One Piece Odyssey akan dikeluarkan pada tahun ini di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Apa pendapat anda mengenai video yang menampilkan combat turn-based yang sangat menarik? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai One Piece, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: One Piece Odyssey
Previous Post

Monster Hunter Rise: Sunbreak – Cara pantas untuk naik Master Rank!

Next Post

“Jangan rakam Dragon Ball Super: Super Hero” – Toei akan buat tindakan undang-undang jika didapati bersalah

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
“Jangan rakam Dragon Ball Super: Super Hero” – Toei akan buat tindakan undang-undang jika didapati bersalah

"Jangan rakam Dragon Ball Super: Super Hero" - Toei akan buat tindakan undang-undang jika didapati bersalah

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd