Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece Odyssey cerita kembali kisah di Water Seven, Usopp kena culik lagi!?

Alan Fikri by Alan Fikri
November 8, 2022
in Action, Adventure, Anime, Artikel, Berita, Game, Genre, Konsol, PC, Platform, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
One Piece Odyssey cerita kembali kisah di Water Seven, Usopp kena culik lagi!?
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas Alabasta, kini Bandai Namco rasmi One Piece Odyssey akan membawa pemain ke arc Water Seven pula, salah satu lokasi yang paling ikonik dalam siri ini. Apa yang diberikan disebalik game ini amat mengejutkan peminat sejak pengumumannya pada bulan Mei lalu. Ini merupakan game dengan bajet terbesar untuk siri ini menjadikan ia sebuah game yang istimewa di samping memberikan peminat lokasi baru yang menarik untuk diterokai.

Kini, Bandai Namco telah mendedahkan trailer One Piece Odyssey untuk arc Water Seven dan Enies Lobby, menunjukkan persekitaran penuh dan menceritakan kisah unik melibatkan ahli CP-9 dan kemunculan semula Going Merry yang dramatik. Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah:

Mengikut manga dan anime asal One Piece, Water Seven merupakan arc yang ke-15 di mana Robin telah di tangkap oleh organisasi World Government, CP9. Tetapi di dalam trailer tersebut, ia menunjukkan kisah baru untuk krew Straw Hat dengan tumpuan kepada Usopp dan Robin. Anda akan meneroka kawasan ini dan dapat melihat tempat yang pernah muncul di dalam anime seperti Galley-La Company.

Anda juga bakal berjumpa dengan Franky sebelum Time Skip serta gengnya dan beberapa ahli Cp-9, Rob Lucci dan Kaku, di mana mereka dikatakan semakin kuat oleh Zoro dalam trailer tersebut. Agak pelik kerana krew Straw Hat di dalam game ini sudah tamatkan latihan dua tahun mereka tetapi masih mengatakan sedemikian.

Walaupun tempat dan situasi kelihatan dan terasa seperti tiada perubahan, akan terdapat sesuatu yang berbeza daripada apa yang anda tahu dalam cerita asal. Anda pasti akan menyukai perubahan ini.

Untuk pengetahuan anda, Bandai Namco juga telah mendedahkan bahawa krew Straw Hat juga akan kembali ke Alabasta. Bagi anda yang mungkin sudah terlupa tentang kisah tersebut, di sini saya sediakan sinopsis untuk arc tersebut:

“Alabasta Saga” atau juga dikenali sebagai “Baroque Works Saga”, ialah saga kedua manga dan anime One Piece, yang diteruskan dari East Blue Saga.

Apabila krew Straw Hat telah memasuki Gand Line, mereka telah menjadi sasaran untuk organisasi jenayah Baroque Works dan telah berjumpa dengan Nefertari Vivi, Puteri Alabasta, dan telah memutuskan untuk membantunya. Selepas pengembaraan mereka di Little Garden dan Drum Island, krew Luffy dan Vivi telah tiba di Alabasta, iaitu rumah kepada Vivi. Di sana, telah berlakunya peperangan disebabkan oleh ketua Baroque Works, Mr. 0 ataupun Crocodile.

Anda boleh baca artikel untuk One Piece Odyssey – Alabasta trailer di sini.

One Piece Odyssey akan dilancarkan untuk PS5, PS4, Xbox Series X|S pada 13 Januari 2023 dan PC melalui Steam.

Jika korang inginkan banyak lagi berita tentang One Piece, boleh tekan pautan ini. Ikuti Gamer Santai untuk pelbagai berita tentang game, anime dan banyak lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: one pieceOne Piece OdysseyWater Seven
Previous Post

Jom Tengok Ultraman Dub Melayu di Youtube! Rasmi oleh Tsuburaya!

Next Post

PS5 masih “in-demand” walaupun naik harga, orang sanggup beratur waiting list berbulan-bulan

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!
Jom Singgah!

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!

June 27, 2025
Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula
Panduan

Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula

June 27, 2025
Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!
Unboxing

Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!

June 27, 2025
Next Post
PS5 masih “in-demand” walaupun naik harga, orang sanggup beratur waiting list berbulan-bulan

PS5 masih "in-demand" walaupun naik harga, orang sanggup beratur waiting list berbulan-bulan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd