Tahun lepas, Netflix telah mengumumkan bahawa siri anime dan manga popular, One Piece akan mendapat adaptasi live action. Pada awalnya ia telah ditetapkan bahawa siri ini akan mempunyai 10 episod tetapi menurut Murphy’s Multiverse, ia telah dikurangkan dan akan ditayangkan dengan 8 episod sahaja. Tetapi bilangan episod itu hanya untuk musim pertama sahaja. Mungkin jika ia mendapat sambutan siri ini akan disambung ke musim seterusnya.

Jika betul siri ini akan ditayangkan dengan 8 episod, mungkin kita boleh lihat arc yang menarik untuk setiap episod. Contohnya yang diberikan oleh kalbarterkini seperti berikut:
- Episod 1: Romance Dawn
- Episod 2: Orange Town
- Episod 3: Syrup Village
- Episod 4 /5: Baratie
- Episod 6/7: Arlong Park
- Episod 8: Loguetown

Selepas produksi untuk siri live action ini telah ditangguhkan akibat pandemik yang melanda pada tahun 2020, akhirnya siri ini akan memulakan penggambaran mereka bermula tahun ini. Jika anda tertinggal bot, November lalu, Netflix telah mengumumkan barisan pelakon untuk krew Straw Hat Pirate. Berikut adalah barisan pelakon yang telah diumumkan:
- Iñaki Godoy (Go, Youth!, Who Killed Sara? ) sebagai Monkey D. Luffy.
- Mackenyu (Rurouni Kenshin: Final Chapter, Pacific Rim: Uprising ) sebagai Roronoa Zoro.
- Emily Rudd (Fear Street, Hunters ) sebagai Nami.
- Jacob Romero Gibson (Greenleaf, All Rise ) sebagai Usopp.
- Taz Skylar (Boiling Point, Villain ) sebagai Sanji.

Dalam sebuah siaran di Reddit, penggambaran One Piece Live Action mula pada musim bunga tahun ini. Lebih menarik lagi, lokasinya di Afrika Selatan. Agaknya scene mana yang akan mereka lakonkan di sana.
Jadi geng One Piece, adakah anda akan berpuas hati dengan cadangan episod tersebut? Adakah anda akan memberi peluang untuk siri live action ini? Boleh kongsikan pendapat anda di ruang komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai siri anime ini, sila klik pautan ini.
Sumber: Murphy’s Multiverse, kalbarterkini
@gamersantaimy
Discussion about this post