Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece: Fungsi sebenar “Raid Suit” milik Vinsmoke Sanji!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 22, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
One Piece: Fungsi sebenar “Raid Suit” milik Vinsmoke Sanji!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam One Piece bab #1023 , Zoro memperhatikan yang Sanji kelihatan agak pelik di mana tukang masak gatal ini kemudian menjelaskan bahawa sejak memakai “Raid Suit“, badannya terasa aneh, tetapi bukan dalam cara yang buruk. Raid Suit sudah lama diperkenalkan sejak “Whole Cake Island Arc” namun ia jarang disebut sehinggalah bab terbaru. Adakah ia masih mempunyai rahsia terpendam? Saya pun tidak tahu tetapi sempena itu, izinkan saya menjelaskan serba sedikit tentang fungsi sebenar Raid Suit milik Vinsmoke Sanji!

Kegunaan asas

Raid Suit adalah sut istimewa yang direka khusus untuk pertempuran. Ia dihasilkan oleh Kerajaan Germa, dan digunakan secara eksklusif oleh keluarga Vinsmoke. Setiap ahli keluarga mempunyai pakaian masing-masing yang direka mengikut kemahiran dan keperluan mereka yang spesifik. Apabila tidak digunakan, sut ini disimpan di dalam tabung yang ditandakan dengan nombor milik pemiliknya. Setelah diaktifkan, sut itu berubah dan akan menyesuaikan diri dengan bentuk badan si pemakai.

Sut itu hanya boleh dipakai oleh pengguna yang ditetapkan, dan tidak boleh disarung oleh orang lain. Bagi penampilan Sanji, dia akan memakai sut berwarna, dengan mantel hitam yang tertera nombor “3” di atasnya. Dia juga memiliki topeng yang menutup wajahnya dan bandana merah yang dililit di lehernya. Namun, Sanji ingin mengubah reka bentuk Raid Suit-nya dengan bantuan Usopp dan Franky.

Selain daripada meningkatkan kekuatan pengguna, Raid Suit juga memiliki teknologi kalis air (tidak menunjukkan kesan apabila rendam dalam air), dan kalis api supaya pemakai dapat menahan serangan api hingga tahap tertentu. But pula mempunyai sejenis pemecut pada bahagian tumit dan teknologi terapung di tapak kaki yang membolehkan pengguna terbang di udara, melompat pada jarak jauh, dan meningkatkan kuasa sepakan mereka.

RelatedPosts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

Jubahnya juga adalah kalis peluru, dan dapat menghalang tembakan peluru dari pistol Walker, yang direka khas oleh Big Mom Pirates untuk menembusi logam. Malangnya, apabila askar Big Mom menggunakan peluru khas yang ditembakkan dari mesingan, peluru tersebut berjaya menembus Raid Suit. Nasib baik lah, itu pun tidak cukup untuk membunuh penggunanya. Bukan itu sahaja, jubah Sanji juga dapat menghasilkan perisai yang mampu menghalang serangan dari Page One dalam bentuk Ancient Zoan. Dalam anime, ciri ini dilengkapi kepada setiap Raid Suit menurut Trafalgar D. Law.

Abiliti khusus

Setiap Raid Suit juga mempunyai kebolehan unik masing-masing. Sebagai contoh:

  • Vinsmoke Judge dilengkapi dengan tombak istimewa.
  • Reiju dikatakan dapat meningkatkan abiliti racunnya.
  • Ichiji dapat menghasilkan letupan kecil.
  • Niji dapat menyalurkan elektrik melalui but dan pedangnya.
  • Sanji boleh menjadi halimunan.
  • Yonji menggunakan udara yang mampat untuk melancarkan serangan yang kuat, dan dapat meningkatkan lagi jarak dan saiznya.

Walau bagaimanapun, apakah kesan Raid Suit kepada pemakainya. Di Wano, Sanji memberitahu yang tubuhnya berasa pelik, tetapi tidak menjelaskan apa yang dia maksudkan. Perasaan itu bukanlah sesuatu yang buruk dan lebih kepada aneh atau pelik. Mungkin kerana semua adik-beradik Sanji telah membiasakan diri dengan Raid Suit masing-masing, mereka tidak sedar akan apa-apa perubahan. Perkara ini pula terbalik dengan Sanji kerana dia baru mula menggunakannya. Bagaimana Raid Suit akan mempengaruhi Sanji pada masa akan datang, saya masih tidak tahu tetapi harap ia lebih ke arah kebaikan.

Untuk segala liputan kami tentang One Piece, sila tekan pautan ini.

Sumber – One Piece Fandom

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animemangaone pieceRaid SuitSanji
Previous Post

Unboxing Figura Kotobukiya Yuuri dan Messon yang comel!

Next Post

[MYDCF 2021] Menempa jalan anda sendiri sebagai Pembangun Bebas 2021!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
[MYDCF 2021] Menempa jalan anda sendiri sebagai Pembangun Bebas 2021!

[MYDCF 2021] Menempa jalan anda sendiri sebagai Pembangun Bebas 2021!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd