Livestream One Piece baru-baru ini, telah mendedahkan pelbagai maklumat terbaru mengenai filem terbaru siri, One Piece FILM: RED. Antaranya ialah pelakon suara watak bersama-sama trailer terbaru filem. Bukan setakat itu sahaja, terdapat projek UTA yang merupakan projek khas untuk filem ini. Mari kami ceritakannya secara ringkas.
Pelakon Suara Gordon & Uta
Dua watak penting yang akan muncul dalam filem terbaru One Piece ini ialah Gordon dan sudah tentu anak perempuan Shanks, Uta. Berikut adalah pelakon suara untuk watak-watak tersebut:
- Gordon: Tsuda Kenjiro
- Uta: Nazuka Kaori (Watak)/ Ado (Penyanyi)
Bukan setakat itu sahaja, trailer terbaru juga telah didedahkan semasa livestream One Piece. Anda akan melihat interaksi Uta bersama Luffy semasa mereka kecil. Malah pelbagai aksi juga ditunjukkan bersama-sama pulau kecil di mana filem ini berlangsung. Malah nyanyian Uta juga pertama kali didedahkan di dalam trailer tersebut. Berikut adalah trailernya:
Disebabkan Uta merupakan seorang penyanyi popular dalam dunia filem tersebut, dia telah mendapat penyanyi Jepun popular, Ado untuk menyanyikan lagu untuknya. Terdapat tujuh lagu yang akan dinyanyikan oleh Ado sebagai Uta yang dihasilkan oleh tujuh artis hebat seperti berikut:
- Nakata Yasutaka
- Mrs. GREEN APPLE
- Vaundy
- FAKE TYPE.
- Sawano Hiroyuki
- Orisaka Yuta
- Hata Motohiro
Setiap lagu yang dikeluarkan juga akan mendapat muzik video tersendiri. Anda boleh nantikannya teaser nanti. Setiap muzik video akan mula didedahkan setiap minggu bermula 15 Jun. Poster visual baru serta manga filem juga telah didedahkan semasa livestream tersebut. Manga tersebut dihasilkan khas oleh Oda Eiichiro untuk filem ini. Hanya 3 juta salinan sahaja yang akan tersedia nanti. Poster visual terbaru ini memaparkan tiga watak penting filem iaitu Luffy, Shanks dan Uta. Berikut adalah posternya:

Rasa tidak sabar pula untuk menonton filem ini nanti. GSC juga seperti mempunyai rancangan untuk menayangkan One Piece FILM: RED di Malaysia nanti. Apapun kita tunggu sahaja pengumuman lanjut daripada pihak mereka. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai One Piece daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post