Selepas berakhirnya Wano Arc, Luffy dan krewnya akan lalui sebuah lagi pengembaraan hebat dalam arc baharu “Egghead”, sebuah pulau yang mempunyai kemajuan dan teknologi yang lebih moden berbanding pulau-pulau lain. Berita menariknya, anda boleh menonton One Piece “Egghead Arc” ini di Netflix pada 13 Januari 2024. Perkara ini didedahkan sendiri oleh akaun sosial media Netflix! Jadi jangan lupa untuk tandakan tarikh tersebut di kalendar anda nanti!
Bukan setakat itu sahaja, Toei Animation turut mendedahkan teaser untuk episod pertama arc tersebut. Dalam teaser episod 1090, kita melihat krew Straw Hat tiba di Egghead Island. Gaya animasi untuk arc ini juga kelihatan sedikit berbeza daripada arc sebelumnya. Anda boleh tonton teaser tersebut di bawah.
Jadi peminat One Piece mempunyai platform baharu untuk layan arc baharu ini nanti. Tetapi kalau anda merancang untuk menonton kesemua episod anime ini, mungkin anda perlu bergantung pada platform lain seperti iQIYI kerana Netflix masih lagi mengemas kini episod-episod terdahulu One Piece. Buat masa ini, hanya saga “East Blue” sehingga “Water 7” sahaja yang tersedia.
Apa Yang Akan Berlaku Di Pulau Egghead?
Jika ada yang ingin tahu tentang pengembaraan seterusnya (jangan risau, tiada spoiler); Egghead Arc -juga dipanggil sebagai Future Island Arc- ialah story arc yang ke-32 dalam manga dan anime Piece. Bukan itu sahaja, ini ialah story arc pertama dalam Final Saga yang merupakan pengakhiran One Piece. Peristiwa yang berlaku di Reverie dan Onigashima telah menyebabkan perubahan besar di seluruh dunia yang boleh membawa kepada perang global. Luffy, yang kini digelar sebagai salah satu Yonko dengan bounty 3 bilion berry, dikejar oleh seluruh Marine, jadi mereka membuat keputusan untuk bergerak ke lokasi seterusnya.

Mereka mengikuti Log Pose dan akhirnya tiba di pulau Egghead yang misteri dan futuristik di mana duduknya si genius Dr. Vegapunk. Walau bagaimanapun, selepas dimaklumkan tentang penyelidikan Vegapunk tentang Void Century, World Government memutuskan untuk menghantar pasukan CP0 untuk membunuh Vegapunk. Pengkhianatan dan tipu daya di semua pihak membawa kepada kepungan Marin di pulau itu yang akan meningkat menjadi insiden mengejutkan dunia.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai One Piece daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post