Beberapa bulan lepas, kita dapat berita bahawa ‘One Piece Exhibition Asia Tour‘ akan tiba tidak lama lagi di Malaysia dalam bentuk pameran eksklusif! Bakal diadakan di Resorts World Genting, Malaysia pada 23 Mac hingga 8 Mei, hari ini pihak penganjur mengumumkan maklumat tambahan tentang saiz pameran dan isi kandungan.

Secara am, One Piece Exhibition Asia Tour mereplikasikan semula kisah klasik One Piece dan terdiri daripada beberapa zon bertema termasuk Impel Down, Marineford, Fish-Man Island, Dressrosa, Wano dan banyak lagi dalam lawatan selama 45 hingga 90 minit.
Dalam zon ini, terdapat pelbagai aktiviti untuk dilakukan termasuk pameran interaktif, artifak autentik dan paparan multimedia yang menarik. Menurut penganjur, ini juga merupakan antara pameran One Piece terbesar di dunia dengan saiz sebesar 25,000 kaki persegi bersamaan hampir 28 gelanggang badminton.
Senarai lengkap adalah seperti berikut:
- Zone 1: Logue Town
- Zone 2: Character Intro
- Zone 3: Milestone & Tour Map
- Zone 4: Mini Theater
- Zone 5: Entering The Grand Line
- Zone 6: Alabasta
- Zone 7: Skypiea
- Zone 8: Going Merry Cabin
- Zone 9: Enie Lobby
- Zone 10: Burning Going Merry
- Zone 11: Impel Down
- Zone 12: Marine Ford
- Zone 13: 3D2Y
- Zone 14: Fishman Island Zone
- 15: Punk Hazard
- Zone 16: Dressrosa
- Zone 17: Zou
- Zone 18: Whole Cake Island
- Zone 19: Mirror World
- Zone 20: Wano Country Shopping Street
- Zone 21: Onigashima

Jadi apa yang di dalam?
Pertama sekali, anda boleh melihat arca bersaiz besar yang diperbuat daripada FRP (fiber-reinforced plastic) berdasarkan watak One Piece popular seperti Luffy, Katakuri, Yamato dan banyak lagi. Salah satu zon juga mempunyai teater mini interaktif 180 darjah yang mempamerkan pengembaraan Luffy selama 25 tahun bersama krew Straw Hat yang pasti membawa kenangan nostalgia kepada peminat sejati.
Pameran itu juga akan menampilkan arca 3D terbaharu terbesar berkisarkan kisah Onigashima, lengkap dengan pertarungan epik antara geng Luffy dan krew Kaido. Semua patung ini direka berdasarkan adegan tertentu dalam anime dan manga, jadi pengunjung dialu-alukan untuk mengambil gambar sebanyak mungkin.


Pihak penganjur turut mengumumkan tambahan permainan augmented reality (AR) interaktif di sekitar venue. Permainan ini direka untuk mengasyikan pengunjung sepenuhnya dalam pengalaman One Piece dan menghidupkan pameran. Untuk mengambil bahagian, pelawat perlu memuat turun aplikasi rasmi pada mobile lalu bersedia untuk bermain (aplikasi rasmi akan didedahkan nanti).
Aplikasi itu juga menyediakan platform untuk pengunjung melihat ‘ranking’ mereka dan membandingkan markah dengan rakan secara real-time. Dengan ciri ‘leaderboard’ dan ciri ‘social share’, pelawat boleh bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan ganjaran menarik. Selain permainan AR, pameran turut menampilkan permainan karnival mini yang direka khas untuk mengikut tema One Piece.

Akhir sekali, sejumlah kedai-kedai mini akan tersedia di pameran. Pelbagai barangan koleksi eksklusif One Piece akan dijual termasuk figura, poster, baju, beg, keychain, botol dan banyak lagi.


Bagi mereka yang berminat, tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour Exhibition kini tersedia untuk beli!
- Lokasi: Pavilion, Skytropolis Indoor Theme Park, Resorts World Genting
- Tarikh: 23 Mac – 8 Mei 2023 (Isnin – Ahad, 10 pagi – 10 malam)
- Beli tiket di sini: https://www.ticket2u.com.my/event/30178
Harga tiket:
- Early Bird
- Tiket dewasa Malaysia (18 tahun ke atas) – 80
- Tiket dewasa bagi warga asing (18 tahun ke atas) – RM100
- Semua warga emas, murid-murid, kanak-kanak (warga emas lebih 60 tahun, murid bawah 18 tahun) – 40
- Bayi (3 tahun ke bawah) – Percuma
- Standard
- Tiket dewasa Malaysia (18 tahun ke atas) – 90
- Tiket dewasa bagi warga asing (18 tahun ke atas) – RM110
- Semua warga emas, murid-murid, kanak-kanak (warga emas lebih 60 tahun, murid bawah 18 tahun) – 50
- Bayi (3 tahun ke bawah) – Percuma

Untuk membaca segala liputan kami tentang francais One Piece termasuk analisis bab baharu, game dan anime, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post