Dalam jilid ke-11 novel ringan No Game No Life oleh Yuu Kamiya, pengarang tersebut telah meninggalkan nota terbaru dalam novel itu. Nota tersebut menyatakan bahawa cerita untuk siri novel tersebut memasuki peringkat akhir.

Untuk sesiapa yang tidak mengenali siri No Game No Life, kisahnya berpusat pada Sora dan Shiro yang merupakan adik beradik yang mempunyai reputasi sebagai gamer hikikomori ataupun NEET (tidak belajar, bekerja dan dalam latihan). Mereka berdua menganggap bahawa dunia sebenar sebagai satu game yang teruk. Suatu hari, mereka telah dipanggil oleh seorang budak lelaki bernama “God” ke sebuah dunia lain. Di dunia tu, God telah melarang peperangan dan mengisytiharkan dunia itu sebagai dunia yang ditentukan dengan game. Kesemua manusia telah dihalau ke sebuah bandar kecil oleh kaum lain. Di situlah Sora dan Shiro memulakan kerja mereka sebagai “penyelamat manusia” dalan dunia tersebut.

Novel ringan ini telah dilancarkan oleh Kamiya pada tahun 2012 dan telah mendapat adaptasi anime oleh Madhous pada tahun 2014. Sehingga kini masih tiada berita untuk siri ini kembali untuk musim kedua, walaupun masih ramai peminat yang menantikannya. Selain itu, No Game, No Life juga mendapat adaptasi filem pada tahun 2017 dengan tajuk No Game No Life: Zero. Filem itu merupakan prekuel terhadap siri ini dan menceritakan bagaimana dunia itu menukar kerajaan menjadi kerajaan sekarang.
Untuk mendapatkan liputan lain dari kami mengenai anime, sila klik pautan ini.
Sumber: ANN
@gamersantaimy
Discussion about this post