Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Novel Ringan Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation tamat dengan jilid ke-26!

safwan by safwan
November 25, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Novel Ringan Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation tamat dengan jilid ke-26!
Share on FacebookShare on Twitter

Karya oleh Rifujin na Magonote, novel ringan Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation bakal tamat pada 25 November 2022 dengan jilid yang ke-26. Bersama-sama dengan pengakhiran novel ringan ini, Dasoku Hen atau Redundancy juga akan dikeluarkan pada hari yang sama dengan menceritakan epilog jalan cerita utama.

Novel ringan ini telah diterbitkan sejak tahun 2014 di bawah KADOKAWA’s MEDIA FACTORY dan label novel Frontier Works MF Books. Ia telah dijilidkan buat kali pertama pada Januari 2014 manakala jilid yang ke-25 telah dikeluarkan pada September 2021.

Daripada novel ringan, StudioBind telah mengadaptasi kepada anime dan telah mula ditayangkan pada Januari 2021. Anime ini terdapat 2 bahagian dan 23 episod secara keseluruhan. Disebabkan ramai peminat anime menyukai musim pertamanya, studio itu telah mengumumkan pada bulan Mac 2022 di mana mereka akan mula menayangkan musim kedua pada tahun 2023.

Untuk mereka yang tidak tahu, berikut adalah sinopsis untuk Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation:

Meskipun dibuli, dihina, dan ditindas sepanjang hidupnya, seorang lelaki berusia 34 tahun masih bernekad untuk mencuba sesuatu yang gagah. Malangnya, ia berakhir dengan kemalangan tragis. Secara tidak sangka, dia hidup semula di dunia lain sebagai Rudeus Greyrat, dan memulakan hidup baru sebagai bayi yang dilahirkan oleh dua ibu bapa yang penyayang.

Bersama memori dan pengetahuan dari kehidupan sebelum, Rudeus dengan cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya. Dengan pemikiran orang dewasa, dia mula menunjukkan bakat yang menakjubkan, lalu mengasah kemahirannya dengan bantuan seorang ahli sihir bernama Roxy Migurdia. Rudeus belajar seni pertempuran pedang dari ayahnya, Paul, dan bertemu Sylphiette, seorang gadis yang kemudian menjadi kawan karibnya.

Diberi kehidupan kedua, Rudeus cuba untuk memanfaatkan peluang ini untuk melupakan masa lalunya yang tragis.. dan mungkin suatu hari, akan menemui satu perkara yang tidak pernah ditemuinya iaitu cinta.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa novel ringan Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation akan berakhir dengan jilid ke-26 pada 25 November 2022. Mesti ramai peminat tidak sabar untuk melihat musim 2 ditayangkan.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai anime, manga, filem dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation
Previous Post

DLC King of Fighters XV Musim 2 kenalkan Shingo Yabuki, akan tiba Januari 2023!

Next Post

Pencipta Rent-A-Girlfriend Pergi “Date” Dengan Figura Life-size Chizuru Mizuhara

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Pencipta Rent-A-Girlfriend Pergi “Date” Dengan Figura Life-size Chizuru Mizuhara

Pencipta Rent-A-Girlfriend Pergi "Date" Dengan Figura Life-size Chizuru Mizuhara

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd