NetEase Games akan melancarkan satu game baharu, NeverAfter pada 14 Jun ini di seluruh Asia Tenggara termasuk Malaysia. Berikutan tarikh pelancaran yang semakin dekat, NetEase mengadakan acara pra-daftar yang akan memberikan pemain item istimewa dan eksklusif. Walaupun begitu, pemain yang menginginkan item tersebut, mestilah pra-daftar game ini melalui Google Play ataupun App Store.
NeverAfter ialah game MMORPG yang berlatarkan dunia dongeng. Dalam game ini, banyak watak yang korang akan kenal seperti Snow White. Cuma ia akan ditambah sedikit keunikkan. Dalam dunia ini, watak-watak seperti Snow White menjadi wira yang akan melawan Wicked Queen.
Yang lebih menarik mengenai game ini, pemain boleh menggabungkan tenaga tidak kisah sama ada dia jahat ataupun baik. Dengan adanya elemen sosial yang baik, game ini membenarkan korang berinteraksi dengan pemain lain.

Dengan pelancaran NeverAfter yang hampir tiba, mereka akan meraikannya dengan acara pra-daftar khas iaitu “Assemble! The Fairy Tale Adventure Team” bermula 20 Mei hingga 13 Jun. Acara ini juga akan melibatkan pemain yang bekerjasama dengan lima rakan sebagai ganjaran dalam game. Untuk melibatkan diri dalam acara ini, korang perlu mendaftarkan diri di halaman web NeverAfter Adventure.
Setelah tempoh pra-daftar tamat, anda boleh memilih salah satu daripada enam watak dongeng klasik sebagai kad utama. Setiap daripada satu merupakan versi watak yang lebih gelap daripada yang biasa dilihat. Hal ini kerana, setiap watak tersebut menggunakan ilmu hitam semasa bertarung di medan perang.
Selepas memilih watak, korang boleh ajak kawan untuk membentuk pasukan yang akan berjuang bersama di medan perang nanti. Pemain yang melengkapkan acara ini akan menerima skin “Dream Weaver” dan sepuluh pemain bertuah akan menerima $100 Amazon Gift Card.

Selain itu, NeverAfter juga mengadakan kempen pra-daftar yang berasingan di mana ganjaran istimewa akan diberikan, berdasarkan bilangan jumlah pemain yang mendaftar. Buat masa sekarang, seramai 300,000 pemain yang telah pra-daftar untuk bermain NeverAfter dan jika jumlah pemain mencapai 1,000,000, maka semua orang akan menerima skin “Shining Star” bersama dengan 5000 Silver.
Kalau korang nak hadiah yang lebih lumayan, korang boleh pergi ke halaman web rasmi untuk mendapatkan peluang untuk memenangi iPhone 13 Pro Max.
Jadi, apa tunggu lagi geng? Takkan nak tengok orang lain menang iPhone 13 Pro Max tu. Pergi pra-daftar di halaman web rasmi NerverAfter sekarang! Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi dari kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post