Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Network Test Blue Protocol kini dibuka – bakal dilancarkan pada musim bunga 2023

safwan by safwan
November 15, 2022
in Artikel, Berita, Game Baru, MMO, PC, RPG
0 0
0
Network Test Blue Protocol kini dibuka – bakal dilancarkan pada musim bunga 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Bandai Namco mengumumkan bahawa game MMO Blue Protocol akan dilancarkan pada musim bunga tahun 2023. Berita ini diumumkan semasa siaran langsung yang korang boleh tonton di bawah:

Bersama tahun keluaran game ini, Bandai Namco juga mengumumkan Network Test yang akan diadakan bermula dari 14 Januari hingga 16 Januari 2023. Untuk menyertai Network Test ini, korang yang berminat untuk mencuba boleh mendaftarkan diri bermula hari ini sehingga 13 Disember 2022 dan menjadi salah seorang daripada peserta yang dipilih.

Kapasiti maksimum yang diterima untuk menyertai ujian ini telah pun ditetapkan pada 50,000 pemain sahaja. Ujian ini akan digunakan sebagai fasa penambahbaikan dan sekiranya berjalan dengan lancar, Bandai Namco Entertainment akan mendedahkan tarikh pelancaran yang lebih tepat pada masa akan datang.

 Blue Protocol

Buat masa sekarang, kita masih tidak mempunyai sebarang maklumat sama ada game ini akan dilancarkan di Jepun sahaja atau seluruh dunia sekali gus. Blue Protocol adalah game MMORPG yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment. Berikut adalah serba sedikit mengenai Blue Protocol:

Berlaku di planet Regnus, dunia Blue Protocol dipenuhi dengan cahaya misteri yang dikenali sebagai Engram. Bafarians, sebuah tamadun purba yang sebenarnya pernah dibanggakan kini bertukar runtuhan usang sekali gus menjadi mitos dan juga cerita.

Dalam game ini, korang boleh memilih diantara empat class iaitu Aegis Fighter, Twin Striker, Blast Archer dan juga Spellcaster. Dan besar kemungkinan banyak lagi class akan diperkenalkan oleh developer.

 Blue Protocol

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Blue Protocol masih tidak mempunyai tarikh pelancaran yang tepat tetapi mereka mengatakan yang game ini akan dilancarkan pada musim bunga tahun 2023. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai Network Test, anda boleh klik di sini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bandai Namco EntertainmentBlue Protocol
Previous Post

Black Panther: Wakanda Forever – Apa berlaku di post-credit scene? (SPOILER)

Next Post

[UPDATE] Melaka Bakal Bangunkan DISNEY CITY Bersama Tarikan DISNEYLAND Pada 2027!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Silent Hill f Membuka Pre-Order, Akan Dilancarkan 25 September!
Berita

Silent Hill f Membuka Pre-Order, Akan Dilancarkan 25 September!

June 5, 2025
PRAGMATA Akan Datang 2026 – Pengembaraan Sci-Fi Terbaru Dari Capcom
Berita

PRAGMATA Akan Datang 2026 – Pengembaraan Sci-Fi Terbaru Dari Capcom

June 5, 2025
Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta
Esports

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta

June 4, 2025
Next Post
[UPDATE] Melaka Bakal Bangunkan DISNEY CITY Bersama Tarikan DISNEYLAND Pada 2027!

[UPDATE] Melaka Bakal Bangunkan DISNEY CITY Bersama Tarikan DISNEYLAND Pada 2027!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd