Siri aksi langsung Assassin’s Creed akan datang ke Netflix!
Netflix dan Ubisoft baru saja membuat pengumuman yang menarik bahawa siri aksi langsung, Assassin’s Creed, sedang dalam pembikinan. Pencarian sedang dijalankan untuk pelakon utama, di mana Jason Altman dan Danielle Kreinik daripada Ubisoft Film & Television akan berperanan sebagai Penerbit Eksekutif.
Netflix + Assassin's Creed pic.twitter.com/yI2sItnMgi
— Netflix Geeked (@NetflixGeeked) October 27, 2020
Butang Netflix pada PS5 media remote!
Pemilik PS5 dengan mudah boleh akses Netflix melalui butang khusus pada alat kawalan jauh Playstation 5 dan boleh dicari di control center. Walaupun tanpa PS5 media remote, menavigasi Netflix melalui DualSense juga masih mudah. Kekunci anak panah berfungsi sebagai panduan arah, butang X untuk mengesahkan pilihan, dan butang O untuk membatalkan/mengundurkan pilihan. Untuk mula menonton, login akaun di aplikasi dan mula menonton. Jika awak baru menggunakan Netflix, panduan ini amat berguna.
Sementara menunggu siri aksi langsung Assassin’s Creed, berikut adalah beberapa filem dan siri yang diadaptasi daripada permainan video yang sudah ada di Netflix:
Dad of Light
Dad of Light adalah siri berdasarkan MMORPG popular, Final Fantasy 14 (juga disahkan akan tersedia di PS5). Sri ini berkisar tentang seorang ayah dan seorang anak lelaki yang merapatkan hubungan semasa bermain permainan video tersebut.
Castlevania
Castlevania adalah siri anime (tiga musim) berdasarkan permainan platform klasik yang sama. Ia mengisahkan pemburu vampire yang memerangi segerombolan raksasa yang dikawal oleh Dracula.
Dragon Quest: Your Story
Dragon Quest: Your Story adalah filem animasi berdasarkan J-RPG Dragon Quest. Filem ini mengikuti pengembaraan Luca ketika dia berusaha menyelamatkan ibunya daripada Ladja yang jahat. Cerita ini menyentuh tema keluarga dan persahabatan.
Dragon’s Dogma
Dragon’s Dogma adalah adaptasi daripada permainan video popular pada 2012 di PlayStation3. Ia mengisahkan Ethan dan usahanya untuk membunuh naga yang menyerang kampungnya.
Resident Evil: Infinite Darkness
Resident Evil: Infinite Darkness adalah siri anime Netflix Original berdasarkan permainan zombie shooter popular Playstation pada 1996. Siri aksi seram ini memberi tumpuan pada Leon S. Kennedy dan Claire Redfield.
The Witcher: The Geralt of Rivia
The Witcher: The Geralt of Rivia, dilakonkan oleh Henry Cavill, membuat semua orang kagum ketika ia dikeluarkan tahun lepas di Netflix. Berdasarkan drama fantasi ini sebenarnya berdasarkan siri buku oleh pengarang Poland, Andrzej Sapkowski. Namun, ia diadaptasi menjadi RPG pada tahun 2007 dan diterbitkan oleh Atari.
@gamersantaimy
Discussion about this post