Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Netflix Resident Evil versi live action dedahkan teaser pertama, aksi awal sampai habis

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 13, 2022
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Netflix Resident Evil versi live action dedahkan teaser pertama, aksi awal sampai habis
Share on FacebookShare on Twitter

Tarikh pelancaran untuk siri live action Netflix Resident Evil semakin dekat dan hari ini, mereka telah melancarkan teaser pertama. Walaupun treler itu tidak mendedahkan info-info penting, ia menunjukkan banyak adegan aksi dan babak beremosi antara watak. Pada masa yang sama, teaser itu juga menunjukkan lokasi New Raccoon City pada 2022 dan London pada 2036 (garis masa yang berlaku dalam siri ini).

https://www.youtube.com/watch?v=ls7ZFzs820U

Netflix pernah memberikan sinopsis tentang siri TV Resident Evil pada Februari 2020 tetapi selepas memperoleh info lanjut, Hollywood Reporter menghuraikan kisah seperti berikut:

Siri ini akan menceritakan kisah baru di antara dua garis masa berbeza: 2022 dan 2036. Dalam 2022, sepasang adik-beradik 14 tahun bernama ade dan Billie Wesker dipindahkan ke New Raccoon City. Tetapi semakin lama mereka di sana, semakin mereka sedar bahawa bandar itu bahaya dan bapa mereka mungkin menyembunyikan rahsia gelap.

Lonjak ke 2036, penghuni bumi sekarang tidak cecah 15 juta orang manakala lebih daripada 6 bilion raksasa — termasuk manusia dan haiwan telah dijangkiti oleh T-virus. Jade, kini berusia 30 tahun, bergelut untuk terus hidup di dunia baru ini, manakala rahsia masa lalunya — tentang kakaknya, bapanya dan dirinya — terus menghantui.

Bagi mereka yang baru tahu tentang siri live action Netflix Resident Evil, rancangan itu pertama kali diumumkan pada Ogos 2020 dengan imej skrip untuk episod pertama (siri ini mempunyai lapan episod). Kemudian, pelakon juga telah di mana paling terkenal ialah Lance Reddick yang memegang watak Albert Wesker. Bronwen Hughes (The Walking Dead) dari Constantin Film ialah pengarah, dan Andrew Dabb (Supernatural) berperanan sebagai penulis skrip.

Buat masa sekarang, itu sahaja info yang saya ada. Korang boleh lihat senarai pelakon dengan lebih mendalam di artikel ini. Untuk sesiapa yang berminat untuk tonton, siri Netflix Resident Evil akan ditayangkan pada 14 Julai 2022.

Apa pendapat korang tentang teaser Resident Evil oleh Netflix? Mengancam tak? Untuk baca segala liputan kami tentang Resident Evil, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: live actionnetflixResident Evil
Previous Post

Criterion & Codemasters bekerjasama untuk membikin Need for Speed terbaru

Next Post

Rengoku vs Tengen! Hashira mana paling kuat , perang antara peminat Demon Slayer!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
Rengoku vs Tengen! Hashira mana paling kuat , perang antara peminat Demon Slayer!

Rengoku vs Tengen! Hashira mana paling kuat , perang antara peminat Demon Slayer!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd