Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Netflix meluaskan divisi gaming, memperoleh studio game pertama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 29, 2021
in Artikel, Berita, Netflix
0 0
0
Netflix meluaskan divisi gaming, memperoleh studio game pertama!
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix telah meluaskan usaha mereka dalam divisi gaming dengan memperolehi studio game pertama mereka bagi membantu dalam rancangan masa depan! Mike Verdu, Naib Presiden kepada Pembangunan Permainan di Netflix, mengumumkan bahawa syarikat ini telah memperoleh Night School Studio, yang bertanggungjawab untuk game seperti Oxenfree dan sekuelnya Oxenfree II. Verdu juga menjelaskan bahawa Netflix akan terus bekerjasama dengan studio lain untuk menawarkan pelbagai game eksklusif kepada pelanggan.

Berita tentang pemerolehan Night School Studio diumumkan di laman web rasmi Netflix yang mengesahkan berita tersebut dalam sebuah artikel pendek. Night School Studio diasaskan pada tahun 2014 di mana Oxenfree menjadi antara karya mereka yang paling terkenal. Verdu mengatakan yang “komitmen [mereka] terhadap kecemerlangan artistik dan rekod prestasi yang sahih” menjadikan studio tersebut sebagai “rakan kongsi yang bernilai” dalam inisiatif gaming Netflix.

Selain itu, Netflix baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka secara rasmi telah menyediakan perkhidmatan gaming untuk dua negara baru, iaitu Sepanyol dan Itali. Poland merupakan negara pertama yang diumumkan sebelum ini. Bukan itu sahaja, nampaknya lebih banyak game telah ditambahkan ke dalam senarai yang dahulu hanya ada Stranger Things: 1984 dan Stranger Things 3: The Game. Lebih khusus lagi, “screenshot” yang disediakan oleh Netflix di bawah menunjukkan beberapa game mobile kasual seperti Shooting Hoops, Teeter Up, dan Card Blast.

The rollout continues! Today members in Spain and Italy will see Netflix Games available on their Android phones. We’re still in the early stages of our gaming experience, however here’s a snapshot of what’s new… pic.twitter.com/LHaQJmCBvn

— Netflix Geeked (@NetflixGeeked) September 28, 2021

Netflix akan terus bekerjasama dengan pemaju-pemaju terkenal seperti Night School Studio untuk menambahkan lebih banyak game menarik pada masa depan sebagai sebahagian daripada langganan Netflix tanpa apa-apa kos tambahan.

RelatedPosts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

“Kami akan terus bekerjasama dengan pemaju di seluruh dunia dan mengupah bakat terbaik dalam industri ini untuk memberikan koleksi permainan eksklusif hebat yang direka untuk setiap jenis pemain dan untuk semua tahap permainan,” kata Verdu. “Seperti rancangan dan filem kami, semua permainan ini akan disertakan sebagai sebahagian daripada langganan Netflix anda – semuanya tanpa iklan dan tanpa pembelian dalam aplikasi. Nantikan lebih banyak lagi.”

Untuk segala liputan kami tentang Netflix, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GamingMike VerdunetflixNight School Studio
Previous Post

Rating Genshin Impact di Google Play turun dengan mendadak selepas diserang peminat!

Next Post

Terima kasih pada Anime, jualan Manga Jujutsu Kaisen meningkat sehingga 600%!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Terima kasih pada Anime, jualan Manga Jujutsu Kaisen meningkat sehingga 600%!

Terima kasih pada Anime, jualan Manga Jujutsu Kaisen meningkat sehingga 600%!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd