Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Netflix Lancar Taman Tema Digital Di Roblox – Ada Stranger Things, One Piece, Rebel Moon dan Banyak Lagi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 10, 2024
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Netflix, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Netflix Lancar Taman Tema Digital Di Roblox – Ada Stranger Things, One Piece, Rebel Moon dan Banyak Lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix telah bekerjasama dengan Roblox untuk melancarkan “taman tema digital” sendiri di platform game online tersebut. Digelar “Nextworld,” dunia itu akan menampilkan watak dan kandungan daripada Netflix termasuk “Stranger Things,” “One Piece,” “Cobra Kai” dan “Rebel Moon.”

Berikut adalah trailer rasmi:

Bak kata Netflix:

Pernahkah anda terfikir bagaimana rasanya untuk menerokai Upside Down dan bersemuka dengan Demogorgon? Atau untuk melompat ke East Blue dan menjadi lanun yang paling digeruni di dunia? Atau untuk mengumpulkan sekumpulan pahlawan antara galaksi untuk melancarkan pemberontakan terhadap empayar yang kejam?

Wahai peminat, bergembiralah: Anda kini boleh meneroka filem dan rancangan kegemaran anda dalam ruang interaktif 3D dengan pelancaran akses awal universe Netflix di Roblox, Nextworld, pada 9 Mei.

Kredit: Netflix

Seperti saya kata tadi, Nextworld merupakan hab pusat Roblox anda di universe Netflix. Di sini, anda boleh menyelami lebih mendalam di siri dan filem yang anda gemari.

Game yang mengasyikkan seperti Stranger Things: Escape from Hawkins High, One Piece: East Blue Brawls dan Rebel Moon: Outskirts Battles akan menghubungkan anda dengan watak kegemaran melalui cara yang baharu. Semasa di sana, berjumpa dengan Dustin daripada Stranger Things, Luffy daripada One Piece dan Jimmy daripada Rebel Moon, yang akan bertindak sebagai penjaga dunia masing-masing.

Kredit: Netflix

Semasa menerokai Nextworld, anda boleh mengumpul objek dan barang boleh pakai daripada rancangan dan filem berbeza untuk menghiasi Fan Pod anda (ruang peribadi sendiri yang dikongsi bersama rakan-rakan).

Semasa mengumpul lebih banyak mata wang di Nextworld, anda akan dapat menghiasi pod dengan lebih banyak item eksklusif — termasuk User-Generated Content (UGC) terhad percuma seperti Demogorgon Plushie Head atau Bendera One Piece.

Kredit: Netflix

Pelancaran Nextworld akses awal kini tersedia pada semua konsol yang menyokong Roblox, mobile dan PC/Mac sejak 9 Mei.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: netflixRoblox
ShareTweetSend
Previous Post

Review iQOO Z9 5G – Smartphone Handal Bergaya Dalam Segmen Harga Mid-Range

Next Post

Predator Helios Neo 14 Baharu Dilancarkan di Malaysia – Bernilai RM7,799!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult – Part 1 & Update 46
Preview

Previu The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult – Part 1 & Update 46

June 2, 2025
Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE
Berita

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE

June 2, 2025
SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol
Berita

SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol

June 2, 2025
Next Post
Predator Helios Neo 14 Baharu Dilancarkan di Malaysia – Bernilai RM7,799!

Predator Helios Neo 14 Baharu Dilancarkan di Malaysia - Bernilai RM7,799!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd