NetEase telah mengumumkan Naraka: Bladepoint Mobile untuk peranti iOS dan Android melalui acara NetEase Connect, bersama dengan pengumuman watak baru yang akan dikeluarkan untuk versi PC pada hari esok, 21 Mei.
Naraka: Bladepoint Mobile berjanji untuk mengambil grafik berkualiti tinggi dan gameplay dari versi PC tradisional, tetapi mengubahsuainya supaya sesuai dengan skema kawalan, UI dan ciri gameplay lain bagi permainan video berasaskan telefon pintar. Bukan itu sahaja, NetEase dan 24 Entertainment menjanjikan bahawa game akan berjalan dan dioptimumkan khusus untuk peranti mudah alih.
Selain itu, NetEase menawarkan kita peluang untuk menunjukkan minat bagi Naraka Bladepoint: Mobile di mana game ini mempunyai laman web mobile khusus, yang boleh korang semak sekarang dan mendaftar emel untuk memantau perkembangannya.
Selain daripada pengumuman mobile, NetEase juga mengumumkan watak baru bernama Takeda Nobutada, The Demon Vessel. Bagi latar belakangnya, Takeda ialah mentor Kurumi dan hos untuk iblis bernama Furen, yang membolehkannya menggunakan kemahiran Demonic Aid.
Pemain juga boleh menggunakannya untuk teleport Takeda kepada musuh bagi melakukan finisher dan kombo sepanjang pertempuran. Dia akan menyertai barisan pahlawan Naraka pada hari esok, 21 Mei. 24 Entertainment telah mengeluarkan video yang memaparkan abilitinya, korang boleh usya di bawah:
Buat sesiapa yang tidak tahu tentang Naraka: Bladepoint, ini adalah game PVP sehingga 60 pemain yang diilhamkan oleh seni mempertahankan diri tradisional tetapi dengan beberapa elemen tambahan seperti kuasa mistik, parkour dan banyak lagi. Buat sesiapa yang tidak pernah bermain versi PC, ia lebih kepada game battle royale wuxia yang saya rasa memang secocok sekali di mobile.
Untuk baca segala liputan kami tentang Naraka: Bladepoint termasuk review lebih mendalam, sila tekan pautan ini.
Sumber – NetEase

@gamersantaimy
Discussion about this post