GCL Global, salah satu syarikat penerbitan dan pengedaran game terbesar Singapura, hari ini mengumumkan bahawa mereka sudah merasmikan perjanjian ekskslusif antara anak syarikatnya Epicsoft Asia (EPA), dan NetEase Interactive Entertainment (NetEase Games), untuk menjadi rakan pengedar rasmi untuk wilayah Asia.
Perjanjian 5 tahun itu, berkuat kuasa pada 6 Januari 2023, menetapkan EPA sebagai rakan kongsi eksklusif untuk memasarkan, menjual dan mengedarkan game hasil NetEase dan produk perisian mereka. Senarai itu termasuk kod pengaktifan Steam dan kad hadiah fizikal di kawasan yang dibenarkan. Ini terdiri daripada 11 negara dan wilayah — Jepun, Korea, Hong Kong, Singapura, Australia, New Zealand, Filipina, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Malaysia.
Sebelum ini, GCL ialah satu-satunya rakan kongsi pengedaran untuk beberapa penerbit game terbesar di dunia, termasuk Take-Two, CD Projekt Red, SEGA dan WB Games, di Asia Tenggara dan wilayah besar China. Syarikat itu telah mengedarkan banyak judul popular yang memenangi anugerah termasuk Hogwarts Legacy, Grand Theft Auto V, Red Dead Redemption II, Cyberpunk 2077, The Witcher 3: Wild Hunt, Elden Ring, dan banyak lagi.
Bak kata NetEase Interactive Entertainment Pte Ltd:
“GCL mempunyai rekod prestasi yang terbukti sebagai rakan kongsi terbesar untuk penerbit dan pemaju PC dan permainan video antarabangsa di Asia Timur dan Asia Tenggara. Mereka adalah kuasa besar dalam industri, dan telah memperkenalkan pengalaman gaming yang mendalam dan imersif kepada pasaran yang lebih besar. Selera mereka terhadap kualiti dan cara untuk pengedaran kuantiti menjadikan mereka pilihan yang menarik sebagai rakan kongsi pengedaran serantau eksklusif NetEase Game.”
Sebagai syarikat yang disenaraikan NASDAQ, NetEase Games ialah salah satu syarikat gaming terbesar di China, dan gergasi dalam industri global. Bagi mereka yang tidak tahu, NetEase telah membangunkan beberapa game mobile dan PC popular dan masih berjalan sehingga sekarang termasuk Identity V, LifeAfter, Diablo Immortal, Naraka: Bladepoint, Dead by Daylight mobile, dan yang terkini, Harry Potter: Magic Awakened.
Game pertama untuk dikeluarkan di bawah perjanjian itu ialah Naraka: Bladepoint – sebuah game battle royale wuxia di mana pemain harus bertahan hidup untuk menjadi satu-satunya pemenang dalam setiap perlawanan.
Jacky Choo, Pengerusi Kumpulan GCL berkata:
“EPA telah menjadi kuasa yang besar dalam penerbitan game di rantau ini. Pengalaman 16 tahun kami dalam pemasaran dan keupayaan reka bentuk media kreatif menjadikan kami yakin dalam mencapai sasaran pengedaran untuk Naraka: Bladepoint. Ia merupakan satu kebanggaan besar bagi kami untuk menerajui hal ehwal sebagai rakan kongsi kepada NetEase Games. Kami berharap dapat meneruskan hubungan dengan produk perisian dan game tambahan yang akan dilancarkan dalam pasaran permainan video dan hiburan yang semakin berkembang ini.”
Maka, kita mempunyai alternatif lain yang lebih mudah untuk membeli game-game hebat edaran NetEase Games dengan adanya Epicsoft Asia sebagai rakan pengedar rasmi.
Untuk baca segala liputan kami tentang game, anime dan teknologi terkini, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post