The International 2019 yang baru sahaja berakhir malam tadi dengan kemenangan 2 tahun berturut-turut oleh Team OG dengan kemenangan 3-1 menewaskan Team Liquid. Sebenarnya di acara ini juga, seperti tahun lalu dua hero terbaru DOTA 2 telah diperkenalkan oleh Valve iaitu SNAPFIRE dan juga VOID SPIRIT!
Tidak seperti tahun lepas, kedua-dua hero ini masih dalam pembangunan, jadi pemain Dota 2 perlu menunggu hingga musim luruh ini untuk mendapatkanya. Maklumat sepenuhya tentang kuasa Snapfire dan Void Spirit masih belum didedahkan, hanya treler cinematic yang ditunjukkan. Jadi serba sedikit huraian anda boleh lihat dibawah;
Si Nenek bakar Cookies?? – Snapfire!
Mula-mula lihat video treler ini, nenek goblin yang bernama SNAPFIRE ini nampak baik sahaja, dengan membakar biskutnya dan simpan kedalam bakul~ Sehingga suatu memori yang terlintas, disitu telah nampak Snapfire sebenarnya seorang hero dan kemudian diserang musuh. Dari situlah Snapfire mengeluarkan Shotgun nya dan bertempur bersama naganya yang comel!

Naga bukan sebarang naga, ia juga mampu menyemburkan api untuk membantu Sanpfire ketika ditunggang! Jadi dari treler ini sahaja dah nampak dua kuasa oleh hero terbaru kita ini, kuasa selebihnya mungkin akan diberitahu kelak.
Ahli keempat Spirit Brothers! – Void Spirit
Kemudian, memperkenalkan hero kedua yang diperkenalkan iaitu VOID SPIRIT! Video kali ini lagi kurang informasi yang didedahkan, cuma dapat dilihat dia merupakan salah seorang daripada adik beradik Spirit Brothers yang kiranya akan menyertai Storm, Ember dan Earth! Jadi nak tahu apa kelebihan Void? Nantikan kemaskini berikutnya dari Valve!

Jadi kita nantikan kedua hero ini dikemaskini untuk The Outlanders yang akan datang musim luruh ini. Dikatakan juga ianya akan hadir di DOTA UNDERLORDS. Mungkin lepas ini kita dapat lihat Snapfire baling biskutnya keluar api atau laser ke~ Atau Void Spirit dapat menggunakan orb nya dan keluarkan kuasa yang sangat kuat untuk menentang musuh! Apa pun kita tunggukan kemaskini yang akan datang ini okay!
Sumber: PC Gamer
@gamersantaimy
Discussion about this post