Francais popular Naruto oleh Kishimoto Masashi memiliki pelbagai jenis watak, tetapi nampaknya seluruh dunia bersetuju bahawa Haruno Sakura adalah yang paling lemah, paling sampah dan paling teruk di kalangan watak hero.
Walaupun lebih kuat daripada kunoichi lain (juga lebih kuat daripada kebanyakan shinobi lelaki), Sakura tidak pernah dipandang tinggi oleh peminat. Di sini, izinkan saya jelaskan bagaimana dia mendapat reputasi “sampah” daripada peminat, dan bagaimana Sakura berjaya membuktikan dirinya hebat dalam Naruto: Shippuden.
Mengapa ramai benci Sakura?

Masalah Sakura bermula selepas dia mula diperkenalkan. Walaupun Naruto dan Sasuke sibuk mengejar matlamat mereka untuk menjadi hokage/yang terkuat, fokus Sakura hanyalah untuk bercinta dengan Sasuke sambil memandang rendah pada Naruto (kadangkala memandang jijik padanya). Pada saat ini, ramai yang membenci Sakura dan menganggap wataknya hanya berfungsi untuk menyerlahkan kehebatan Naruto, Sasuke dan rakan-rakan genin lain.
Seperti saya kata tadi, sikap buruk dan peranan Sakura yang sangat beban telah menjejaskan populariti watak. Memandangkan penonton boleh berempati dengan Naruto kerana tahu latar belakangnya yang sedih, ramai yang tidak puas hati melihat Sakura sentiasa menjatuhkan Naruto di setiap episod. Ini yang membuatkan peminat membencinya daripada awal cerita lagi.

Apa yang membuatkan keadaan lebih teruk adalah Naruto merupakan shinobi yang jauh lebih cekap sedangkan Sakura sangat lemah dan hanya menggila-gilakan Sasuke daripada mengejar matlamat lebih mulia.
Bagaimana Sakura membuktikan dirinya dalam Naruto: Shippuden

Di penghujung Naruto (sebelum Shippuden), Sakura kini lebih bersikap lembut dengan Naruto sambil merenung tentang kelemahannya. Apabila melihat betapa mudahnya Tsunade dapat menyembuhkan Sasuke daripada Tsukuyomi milik Itachi, dia sedar ini adalah kemahiran yang sesuai dengan dirinya. Jika dia boleh menyembuhkan rakan-rakan, Sakura akhirnya dapat membuang label “beban” dan “tidak guna”.
Selepas tiga tahun di bawah bimbingan Tsunade, Sakura mengalami perubahan yang besar. Keyakinan dan kemahirannya bertambah, malah Tsunade juga mengakui kebolehannya. Pada usia 16 tahun, dia sudah menjadi pembantu kepada Hokage, dan cukup mahir dalam ninjutsu perubatan sehingga dianggap layak oleh Tsunade untuk menjalani misi penting.

Semasa “Kazekage Rescue Mission arc”, Sakura memang menyerlah semasa pertarungannya dengan Sasori (ahli Akatsuki) bersama Nenek Chiyo. Walaupun menghadapi seorang ahli Akatsuki hebat yang mengawal 100 patung sekali gus, Sakura masih berjaya menewaskan musuh tanpa mengalami kecederaan besar.
Tetapi itu bukan saat dia yang paling cemerlang…

Saat Sakura paling mengagumkan adalah semasa Perang Dunia Shinobi ke-4 ketika berperang dengan Bijuu Ekor Sepuluh. Dia berjaya menyeru Katsuyu, lintah dan makhluk seruan Tsunade, lalu menggunakan Katsuya untuk memastikan semua shinobi disembuh secara berterusan. Ini adalah pencapaian yang besar; kerana kuasa dan keberkesanan sembuhan Katsuyu berkait secara langsung dengan kebolehan pemiliknya, tetapi masih ada kos yang perlu ditanggung..
Apabila Tsunade menyembuhkan shinobi Konoha selepas serangan Pain, dia telah koma selama berminggu-minggu. Namun Sakura terbukti lebih kuat dan mampu berjuang hingga ke akhir peperangan, malah melawan Otsutsuki Kaguya.

Satu lagi tanda kehebatan Sakura adalah dia mahir dalam Byakugō no In (Strength of a Hundred Seal), yang sebelum ini hanyalah jurus yang dikuasai oleh Tsunade sahaja. Jutsu ini melibatkan prosedur tiga tahun di mana Sakura harus mengumpulkan chakra di dahinya tanpa henti; ini memerlukan tahap kawalan chakra yang cekap 100%, kerana dia perlu sentiasa fokus untuk mengekalkan output berterusan semasa melakukan aktiviti shinobi lain.
Apakah keistimewaan jutsu ini? Pertama sekali, Byakugō no In meningkatkan kekuatan Sakura kepada tahap luar biasa, sambil menyembuhkan sebarang kecederaan yang dialaminya secara automatik. Sebelum perang tamat, Sakura sejujurnya telah mencapai kekuatan melebihi Tsunade.

Jadi mengapa ramai masih menggelar Sakura sebagai sampah? Itu kerana dia masih dibandingkan dengan Naruto dan Sasuke yang sudah mencapai tahap dewa. Tidak adil lah begitu sedangkan kemahiran mereka pun berasal daripada Ōtsutsuki Hagoromo, lelaki yang mencipta chakra dan juga pencipta dunia shinobi.
Jadi apa pendapat anda? Adakah Sakura itu sebenarnya memang sampah atau tidak? Jom kongsikan pendapat di ruang komen!
Untuk membaca segala liputan kami tentang Naruto, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post