Zaman sekarang ini makin ramai nak cuba menjadi seorang gaming creator di pelbagai laman sosial seperti Facebook, Youtube, Twitch dan Mixer. Tetapi kebanyakan daripadanya menggunakan PC untuk membuat live di laman-laman tersebut. Seperti sebelum ini kami mengongsikan alatan yang diperlukan untuk stream di PC kan? Tetapi ada antara kita yang masih kekurangan alat-alat tersebut untuk streaming di PC, yang kita ada sekarang hanyalah telefon mudah alih dan permainan kegemaran kita kesemuanya di mobile.
Tapi ramai sahaja yang stream menggunakan mobile terus ke laman sosial sebelum menaik taraf ke dunia PC, jadi terang-terang pasti ada aplikasi streaming terus dari platform Android dan iOS kan? Harini kami akan kongsikan supaya lebih ramai boleh mencuba untuk stream permainan kegemaran anda di mobile ke dunia media sosial!
Jadi ini antara aplikasi yang anda boleh memuat turun di Google Play Store dan iOS AppStore;
Omlet Arcade
Omlet Arcade merupakan salah satu platform streaming yang tersangatlah popular untuk pengguna menghidupkan pengalaman permainan dengan lebih luas! Yang terbaiknya untuk aplikasi ini, kesemua permainan mudah alih boleh disokong termasuk PUBG Mobile, Fortnite, Mobile Legends, Brawl Stars, Roblox dan banyak lagi!
Anda boleh menggunakan Omlet bukan setakat didalam aplikasi ini sahaja, pergi sahaja ke tetapan live stream, anda boleh menetapkan akaun laman sosial anda yang termasuk Facebook, Youtube dan Twitch! Pemilihan laman sosial yang mana untuk anda bersiaran lansung juga akan dikeluarkan setiap kali membuka permainan pilihan.
https://www.youtube.com/watch?time_continue=3&v=mgVBFSyoLDA
Jadi, cipta akaun anda sekarang di Omlet Arcade, berkenalan dengan ramai pemain lain bermain dengan mereka dan menjadi popular disitu! Bukan itu sahaja, Omlet juga selalu terdapat pelbagai acara permainan yang anda boleh sertai dan mendapat hadiah yang lumayan! Dapatkanya di Google Play Store atau di iOS Appstore sekarang!
DU Recorder
DU Recorder adalah sejenis aplikasi streaming yang tersangatlah mudah untuk diguna! Bukan setakat lakukan siaran lansung, anda juga boleh merakam skrin, menangkap tangkapan skrin dan pelbagai lagi!
Sama seperti Omlet Arcade, anda boleh menetapkan laman sosial anda ke tetapan DU, dari situ anda boleh memilih sama ada ingin bersiaran lansung di platform sosial media yang mana. Terdapat butang popup setiap kali kita membuka DU agar lebih senang untuk pengguna menekan mana satu pilihan mereka sama ada rakaman secara lansung ataupun hanya rakaman skrin biasa. Dengan kualiti rakaman yang tinggi, anda juga boleh mengedit video-video anda! Jadi anda boleh menambah sticker, potong bahasian yang tidak diingini juga boleh jadikan video tersebut dalam format gif!
Pelbagai lagi yang anda boleh terokai dengan DU Recorder, sebelum ini ia ada di playstore, tetapi kini tiada tidak pasti kenapa. Tetapi anda boleh memuat turun fail APK atau di iOS Appstore.
StreamLabs
Hampir sama dengan Omlet Arcade, anda boleh mengongsikan permainan anda melalui live stream di laman sosial anda juga boleh berkongsikan pengalaman permainan anda pada kesemua pengguna diseluruh dunia.
Tetapi ada satu yang paling senang digunakan adalah menggunakan sistem hotkey untuk anda stream dari PC. Ada juga remote control yang anda boleh menggunakan untuk kawalan terus ke PC anda. Serta satu lagi kelebihan Streamlabs, ia dapat terus akses ke akaun Twitch dan Youtube dan anda boleh terus chat rakan-rakan di platform tersebut!
Streamlabs juga membolehkan anda menyesuaikan widget pada siaran anda. Sebagai contoh, anda boleh menambah tetingkap untuk komen atau sticker derma. Jadi berminat nak menggunakan Streamlabs? Anda boleh terus memuat turunya di platform Google Play Store atau iOS Appstore.
Ace Live Streaming & PC Mirroring
Ace Live Stream merupakan sebuah aplikasi yang tersangatlah mudah untuk digunakan bukan setakat live stream melalui telefon mudah alih anda, juga boleh mirror ke PC! Direka untuk kecekapan, aplikasi ini termasuk isyarat asli dan sembang untuk Twitch dan YouTube yang tidak lag atau menggunakan bateri tambahan, membiarkan anda strim lebih lama tanpa perlu berurusan dengan mencari charger telefon!
Pelbagai sambungan untuk live stream ke media sosial dan sambunkan mirror skrin ke PC seperti ke OBS dengan sangat mudah. Berminat untuk dapatanya? Anda boleh terus ke Google Play Store!
Harap aplikasi ini semua dapat membantu anda untuk mencuba buat streaming di laman sosial. Nanti lagi sekali kami akan ajar step-by-step cara menggunakan salah satu aplikasi ini. Selamat menjadi streamer!
@gamersantaimy
Discussion about this post