Secara rasmi kami telah mengongsikan pengumuman pelancaran permainan terbaru oleh Activision dan Infinity Ward untuk francais permainan popular mereka iaitu Call of Duty: Warzone yang boleh dimuat turun dan dimainkan secara percuma!! Permainan terbaru berkonsepkan Battle Royale ini telah mulakan perjalanannya di platform PlayStation 4, Xbox One dan PC via Battle.net.
Mode permainan ini telah dilancarkan untuk pemain yang memiliki Modern Warfare pada malam tadi 10PM GMT dan 3AM GMT pagi tadi untuk pemain yang tidak memiliki Modern Warfare. Tiada platform yang terhad untuk permainan ini, jadi jika anda seorang pemain PC atau Konsol, bersamalah merasai keseronokan permainan ini! Bagi mereka yang tidak mempunyai permainan ini lagi, nak sangat muat turun tu, anda dapat mencari Warzone di seluruh platform apa sahaja yang anda gunakan.
Bagaimana nak muat turun Call of Duty: Warzone ni?
Untuk PC anda memerlukan akaun Battle.net untuk log masuk dan memuat turun secara percuma, tapi jangan risau tiada sebarang servis pembayaran bulanan pun untuk Battle.net ni. Manakala untuk PlayStation anda dah boleh dapatkannya di PlayStation Store dan tak perlu PS+ pun! Juga pemain yang menggunakan Xbox One, memerlukan langganan Xbox Live Gold untuk bermain.
Bagaimana pula dengan Spesifikasi Keperluan Sistem nya?
Setiap sistem PC amat berbeza dengan satu sama lain, tetapi jujurnya minima saiz RAM yang diperlukan hanyalah 8 GB. Kalau boleh lagi tinggi, lagi bagus. Ia mengikut spesifikasi PC kita juga, jadi kami menyediakan senarai dibawah untuk anda senang menyediakan keperluan sistemnya.
Spesifikasi Keperluan Sistem Call Of Duty: Warzone di PC |
||||
Minima | Rekomendasi | Kompetitif | Ultra RTX | |
Sistem Operasi: | Windows 10 64-bit | Windows 10 64-bit | Windows 10 64-bit | Windows 10 64-bit |
CPU: | Intel Core i3-4340 or AMD FX-6300 | Intel Core i5-2500K or AMD Ryzen R5 1600X | Intel i7-8700K or AMD Ryzen 1800X | Intel i7-9700K or AMD Ryzen 2700X |
GPU: | NVIDIA GeForce GTX 670 / NVIDIA GeForce GTX 1650 or AMD Radeon HD 7950 | NVIDIA GeForce GTX 970 / NVIDIA GeForce GTX 1660 or AMD Radeon R9 390 / AMD Radeon RX 580 – DirectX 12.0 compatible system | NVIDIA GeForce GTX 1080 / RTX 2070 SUPER or Radeon RX Vega⁶⁴ Graphics | NVIDIA GeForce RTX 2080 SUPER |
Memori: | 8GB RAM | 12GB RAM | 16GB RAM | 16GB RAM |
Storan: | 175GB available hard drive space | 175GB available hard drive space | 175GB hard drive space | 175GB hard drive space |
Internet: | Broadband Internet connection | Broadband Internet connection | Broadband Internet connection | Broadband Internet connection |
Jadi jangan lupa untuk muat turun game Battle Royale terbaru Call of Duty: Warzone sekarang dan bertarung bersama rakan-rakan anda sekarang!

@gamersantaimy
Discussion about this post