Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Nak menjadi pemain Pro? Jadilah serius walaupun dalam mod Matchmaking yang biasa!” – Battle Arena Elite!

Temuramah bersama pemenang Predator League 2020 Malaysia PUBG!

Nyny.A by Nyny.A
December 8, 2019 - Updated on June 28, 2020
in Acara, Artikel, Berita, Eksklusif, PC, Temuramah
0 0
0
“Nak menjadi pemain Pro? Jadilah serius walaupun dalam mod Matchmaking yang biasa!” – Battle Arena Elite!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejenak habis sahaja acara Predator League 2020 Malaysia PUBG sebentar tadi yang berlansung di Battle Arena Malaysia, kami mencuri masa seketika dan menemu ramah bersama pasukan yang memenangi acara ini iaitu Battle Arena Elite! Kesemua anak muda ini tersangatlah padu dalam permainan PUBG dan nyata mereka telah membuktikanya dengn menjuarai acara ini malam ini dan membawa RM10,000!

Memperkenalkan Neferhor – Jesse Watson (In Game Leader), BadMaN – Seanjev Tan Jian Rhen (Co-In Game Leader), Lokies – Chin Vun Jung (Scouter), Saviour – Muhammad Hazwan (Support) dan Mzero – Muhamad Mukhlis (Support). Mereka menyatakan mereka telah bermain sebagai satu pasukan dalam lingkungan 6 ke 8 bulan sahaja! Itu memang membuat kami agak terkejut kerana mereka dengan senang-senang menewaskan pasukan lain dan memberi 6 Winner Winner Chicken Dinner dalam keseluruhan 12 perlawanan! 

Secara jujur kami rasa organisasi kami sangat menyokong dan mereka telah memberikan segala yang kami perlukan sebagai juara. Jadi kami berterima kasih banyak kepada mereka.

– Battle Arena Elite

Dengan mengongsikan serba sedikit peranan masing-masing didalam permainan mereka seperti Neferhor sebagai ketua pasukan yang sentiasa memerhatikan penggerakan dan posisi pasukan agar mereka konsisten dalam permainan. Juga Lokies yang berperanan sebagai scouter yang sentiasa menjaga pasukan untuk memberitahu informasi berikut dalam permainan seperti zon seterusnya dimana lokasi dan sebagainya. Mereka turut mengongsikan bahawa mereka tiada sebarang pasukan yang terasa tecabar lansung dalam acara ini kerana bagi mereka, cabaran sebenar adalah dalam diri sendiri.

Kredit: Battle Arena Malaysia

Kami turut bertanyakan sama ada keluarga mereka memberi sokongan kepada mereka dalam esports ini, dan ini merupakan jawapan mereka;

Pada mulanya, pada tahun pertama saya sebagai pemain yang kompetitif, agak sukar, kerana generasi ibu bapa saya … mereka tidak tahu generasi sekarang, sebab sebenarnya kita boleh mendapatkan wang dari esports. Jadi selepas saya cuba memenangi beberapa pertandingan, mereka mula percaya kepada saya dan perlahan-lahan mula menyokong saya, dan terus menyokong saya sehingga sekarang! –Saviour

Sebenarnya, saya mempunyai ibu bapa yang sangat menyokong . Saya berasa sangat bersyukur bahawa mereka sebenarnya cuba memahami dan menggalakkan saya untuk mengejar impian saya. Dan tentunya kepada jurang generasi, sukar bagi mereka untuk memahami bahawa kita agak berjaya dari ini, tetapi sebaik sahaja saya datang ke sini, mereka mula melihat bagaimana saya mengambilnya dengan serius dan apa yang berpotensi dan apa yang saya berikan kepada saya ibu bapa. – Neferhor

Kredit: Predator Gaming

Sedikit perkongsian pada pemain baru yang teringin menjadi pemain profesional, mereka menyatakan anda harus bermula dengan menonton bagaimana kebaikan bermain dan ya bermula dari sana mungkin boleh belajar sesuatu serta cuba memahami permainan dan menyertai lebih banyak pertandingan.

Juga, bermainlah dengan serius walaupun anda dalam mod Matchmaking didalam permainan! Dengan nikmati lebih banyak perlawanan, mengenali pemain lain dan naikkan nama anda dari situ, dari situ mungkin anda bertuah dan berkemungkinan besar seseorang dari mana-mana organisasi akan perasan anda serta memilih anda untuk menjadi pemain profesional.

Bukan setakat pesanan buat pemain yang ingin menjadi profesional, mereka turut berkongsikan sedikit pesanan pada pemain biasa dimana yang pentingnya dalam permainan adalah cara terbaik untuk mula membaiki dan menumpukan kepada kesilapan anda, cuba belajar dari mereka dan tentukan mengapa perkara itu berlaku.

Sebagai seseorang yang baru bermula, anda harus memberi tumpuan kepada cara melawan lawan anda dengan fikir dan kepintaran anda, dan bukannya kemahiran mekanikal kerana sebagai pemula, anda tidak semestinya yang terbaik, jadi kami fikir itu aspek lain yang boleh anda lakukan.

Akhir sekali, mereka tersangatlah berterima kasih kepada organisasi yang memberi mereka peluanguntuk bermain sebagai satu pasukan, serta pada peminat keluarga dan pasukan, terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan! Sekali lagi kami ingin mengucapkan tahniah pada Battle Arena Elite, dan buat yang terbaik di Predator League 2020 Finals yang akan berlansung di Manila, Filipina Februari 2020 nanti!

MUAT TURUN DI SINI!!
PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG)
Developer: PUBG Corporation
Release Date TBC
Microsoft Windows
PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) adalah permainan berbilang pemain pertempuran royale dalam talian yang dibangunkan dan diterbitkan oleh PUBG Corporation, anak syarikat permainan video Korea Selatan Bluehole. Platform yang hadir adalah PC, PS4 dan juga Xbox One.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: #AcerMalaysia#My_Acer#PredatorgamingmyBattle Arena Elitepredator gamingPREDATOR LEAGUE 2020Predator League 2020 FinalsPredator League 2020 Malaysia PUBGpubg
Previous Post

Tahniah Battle Arena Elite dengan memenangi Predator League 2020 Malaysia PUBG dan membawa pulang RM10,000!

Next Post

*LEAK*!! Silent Hill versi game dalam perancangan oleh Konami dan Hideo Kojima?!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
*LEAK*!! Silent Hill versi game dalam perancangan oleh Konami dan Hideo Kojima?!

*LEAK*!! Silent Hill versi game dalam perancangan oleh Konami dan Hideo Kojima?!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd