Respawn dan Electronic Arts telah mendedahkan spesifikasi minimum untuk Star Wars Jedi: Survivor bagi PC. Dengan grafik yang ditawarkan oleh mereka, ianya nampak sangat tinggi walaupun minimum.

Menurut spesifikasi yang didedahkan, anda memerlukan CPU i7-7700 atau Ryzen 5 1400 dengan gabungan GPU NVIDIA GTX 1070 atau AMD Radeon RX 580 bersama 8GB RAM untuk mendapatkan grafik kualiti yang paling minimum dan boleh dimainkan. Tetapi apa yang lebih tertarik adalah bahagian storan. Kenapa? Sebab game ini memerlukan ruang storan yang lebih besar iaitu sebanyak 155GB. Wow kan. Mari kita lihat spesifikasi penuhnya di bawah:
Minimum System Requirements:
- Windows 10 64-bit
- Intel Core i7-7700 / Ryzen 5 1400
- NVIDIA GTX 1070 / AMD Radeon RX 580 (8GB VRAM)
- 8GB RAM
- 155GB ruang storan
- DirectX 12
Recommended System Requirements:
- Windows 10 64-bit
- Intel Core i5 11600K / Ryzen 5 5600X
- NVIDIA GTX 2070 / AMD RX 6700 XT (8GB VRAM)
- 16GB RAM
- 155GB ruang storan
- DirectX 12

Kalau anda tengok sendiri spesifikasi minimum pun memang tinggi betul. Apabila lihat balik spesifikasi yang disarankan pada game pertamanya iaitu Star Wars Jedi: Fallen Order sudah menjadi spesifikasi minimum untuk Star Wars Jedi: Survivor pula. Laju betul teknologi sekarang bergerak.
Kalau korang nak tahu, Star Wars Jedi: Survivor merupakan sekuel kepada Star Waras Jedi: Fallen Order dengan meneruskan pengembaraan Cal Kestis. Berikut adalah rumusan game ini:

Kisah Cal Kestis diteruskan dalam Star Wars Jedi: Survivor, game ‘third-person action–adventure merangkumi galaksi’, dari Respawn Entertainment, yang dibangunkan dengan kerjasama Lucasfilm Games. Game single-player yang didorong oleh naratif ini menceritakan 5 tahun selepas peristiwa Star Wars Jedi: Fallen Order dan mengikuti perjuangan Cal yang semakin terdesak ketika galaksi turun lebih jauh ke dalam kegelapan.
Didorong ke hujung galaksi oleh Empire, Cal mendapati dirinya dikelilingi oleh ancaman baru dan biasa lihat. Sebagai salah satu daripada Jedi Knights terakhir yang masih hidup, Cal didorong untuk bertahan di zaman paling gelap dalam galaksi – tetapi sejauh mana dia sanggup pergi untuk melindungi dirinya, krewnya dan legasi Jedi Order?

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Star Wars Jedi: Survivor akan dilancarkan pada 17 Mac 2023 di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam & Epic Games Store. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak liputan menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post