Macam yang anda tahu sendiri, makin lama permainan-permainan kegemaran kita di telefon pintar makin memerlukan spec yang tinggi dengan pelbagai kemaskini. Masalah yang anda ada sekarang ialah telefon anda makin berat dengan kemaskini ini semua, jadi bila bermain permainan seperti PUBG Mobile atau Mobile Legends telefon akan menjadi lagging atau seangkatanya.
Jadi dah mulalah kita tengok sana sini untuk mencari telefon pintar yang terbaik untuk bermain permainan kegemaran ini. Yang menjadi sedihnya kesemua yang spec tinggi berharga tersangatlah mahal hingga boleh mencecah RM4000 keatas! Jadi resah tengok harga tu kan? Tapi takkan lah nak jual buah pinggang kot? (Takde-takde kami gurau). Maka dengan ini, hari ini kami nak mengongsikan antara telefon pintar yang murah yang boleh didapati dengan harga bawah RM1000 dan mempunyai spec yang memuaskan!
Siapa kata telefon murah tiada yang spec tinggi kan? Jom usha senarai kami!
HONOR 20 Lite
April lalu kami telah pun cuba sendiri telefon pintar dari HONOR ini, purata keseluruhan untuk memuaskan atau tidak? Sudah tentu iya! Anda boleh rujuk semula review kami sebelum ini (disini). Spesifikasi ringkas untuk anda HONOR 20 Lite mempunyai besar sebesar 6.21 inches; kapasiti bateri 3400mAh; dan yang paling penting kuasa CPU Kirin 710F, Versi EMUI 9.0.1, 4GB RAM dan Storan dalaman adalah 128GB dan boleh menambah sehingga 512GB dengan kad memori MicroSD!
Harganya memang berbaloi dengan spec yang diberikan iaitu RM949.00. Terdapat 3 warna pilihan biru gradien, merah gradien dan hitam. Anda boleh membeli HONOR 20 Lite secara dalam talian di laman web rasmi HONOR atau di Shopee HONOR.
HUAWEI Y9 PRIME
Dilancarkan pada Julai lalu, Huawei memperkenalkan telefon pintar yang menarik perhatian dengan kamera pop-upnya tetapi berharga murah! Ianya mengejutkan kami dengan harga yang diberikan, kami turut dapat merasa sendiri telefon pintar Huawei Y9 Prime ini dan anda boleh rujuk reviewnya (disini).
Mempunyai paparan sebesar 6.59″ Ultra FullView; menggunakan EMUI 9, RAM sebesar 4GB dan storan 128GB; Kemudian mempunyai 3 warna pilihan iaitu Emerald Green, Sapphire Blue dan Midnight Black. Jadi berapa harganya? Hanya RM899.00 sahaja!! Haaa terkejut tak dengan harganya? Anda boleh beli di laman web rasmi Huawei ataupun Shopee Huawei ok!
VIVO Y17

Paparan sebesar 6.35″ HALO FullView, VIVO Y17 dilengkapi bateri sebesar 5000mAh, RAM 4GB dan Storan pilihan 64GB atau 128GB. Tidak perlu risau, kedua-dua storan hadir dengan harga yang sangat berbaloi!
Mempunyai fungsi Ultra-game mode khas untuk kaki gamers, hadir dengan dua warna iaitu biru dan ungu, telefon pintar dari VIVO yang berbaloi ini hanyalah berharga RM799 untuk 4GB+64GB dan RM899 untuk 4GB+128GB! Murah kan? Dapatkanya di store rasmi VIVO atau di Shopee mereka.
REDMI NOTE 7

Ini salah satu yang menjadi perhatian kami! Nama Xiaomi yang makin menaik dengan telefon pintar mereka, dan ini antara yang terbaik megikut bajet bawah RM1000 seperti yang dinyatakan! Dari kamera sehingga 48MP, pula dilengkapi ciri formasi yang kuat iaitu Snapdragon 660; ditemani pula dengan kapasiti bateri 4000mAh; kemudia beralih dengan paparan 6.8″ nya yang besar dan ditemani Gorilla Glass. Tidak habis disitu, anda juga boleh memilih antara 3GB + 32GB, 4GB + 64GB dan yang paling besar 4GB + 128GB!
Perghh memang memuaskan hati kan? Mempunyai 3 warna yang cantik, semua pasti terkejut kerana Redmi Note 7 hanya berharga RM 799 – 899 mengikut spekulasi! Paling menarik jika anda beli di Lazada atau Shopee, sentiasa ada diskaun yang menarik disana!
REALME 3 PRO

Masih baru bertapak dalam dunia mobile. Realme ternyata salah satu telefon pintar yang boleh dipuji dengan harga yang berpatutan, cantik dan spec tinggi! Mempunyai 3 pilihan warna, telefon ini mempunya paparan sebesar 6.3″.
Tidak habis disiut, kekuatanya menggunakan Snapdragon 710, Android 9.0, RAM dan Storan sebesar 4GB+64GB, 6GB+128GB. Harga untuk Realme 3 Pro hanyalah bermula dari RM899 sahaja!
Macam mana? Menarik kan kesemua telefon pintar ini? Dapat membantu anda semua dalam mencari telefon tu tak? Banyak lagi sebenarnya, tapi ini antara yang terbaik yang anda boleh beli!
@gamersantaimy
Discussion about this post