Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nak Main Game AOT Dalam First-person? Boleh Cuba Fan Game AOT Percuma Oleh Swammy!

Maira by Maira
August 10, 2022
in Artikel, Berita, Game, Game Percuma
0 0
0
Nak Main Game AOT Dalam First-person? Boleh Cuba Fan Game AOT Percuma Oleh Swammy!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam pasaran game memang ada banyak jenis game tidak kiralah percuma atau berbayar. Salah satunya game yang diinspirasikan daripada anime. Bukan semua game anime ini seronok dimainkan malah ada juga yang menghampakan ramai peminat. Tetapi ada satu game yang dibuat oleh seorang peminat Attack on Titan (AOT) berjaya memukau ramai orang. Jom kami ceritakan dengan lebih lanjut.

This guy built his own free to play game based off Attack On Titan in a little over a year… you can fight titans, train, sandbox and speedrun

It now has over 10 million downloads 💀 pic.twitter.com/YZ63VnC9tv

— Jake Lucky (@JakeSucky) August 9, 2022

Swammy, seorang peminat Attack on Titan telah pun membangunkan sebuah fan game yang berdasarkan anime kesukaannya itu. Pada mulanya dia bangunkan game itu kerana ingin merasai pengalaman main game Attack on Titan dalam pandangan first-person. Mana tidaknya, semua game Attack on Titan yang rasmi semuanya dalam third-person.

Dia kemudian muat naik video game tersebut di TikTok dan tidak menyangka bahawa ia mendapat perhatian daripada ramai orang. Sejak itu dia mula aktif dalam membangunkan fan game Attack on Titan itu.

Untuk pengetahuan anda, game itu telah dibangunkan menggunakan Unreal Engine 4 (UE 4) dan bakal mendapat kemas kini terbaru menggunakan UE 5 pula. Memang makin cantiklah game itu nanti. Ia juga tersedia untuk dimainkan pada PC dan mobile. Jadi senanglah untuk anda memainkannya di mana-mana.

Kalau anda ingin tahu, terdapat banyak juga mode tersedia untuk anda mainkan. Antaranya mode survive, speedrun, training dan scouts. Bolehlah ajak kawan-kawan lain memburu titan yang berkeliaran dalam dunia game tersebut. Kalau rasa inginkan cabaran lain, boleh cuba kalahkan rekod speedrun daripada pemain seluruh dunia.

Anda boleh sertai Discord Swammy untuk muat turun game tersebut dan dapatkan kemas kini terbaru mengenai fan game AOT itu. Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan liputan yang menarik mengenai game, anime, filem dan banyak lagi!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Attack on TitanFan game
Previous Post

Remake Pac-Man World Re-PAC akan tiba di PS, Xbox, Switch & PC pada 26 Ogos – Pre-order sekarang!

Next Post

Figura ‘Guts Berserker Armor’ sebesar 121 cm dijual pada harga RM7.5K!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
Figura ‘Guts Berserker Armor’ sebesar 121 cm dijual pada harga RM7.5K!

Figura 'Guts Berserker Armor' sebesar 121 cm dijual pada harga RM7.5K!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd