Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nak beli Dreams Universe di PS4? Ini antara yang anda perlu tahu sebelum mainkanya!

Bersedia untuk menjadi kreatif sekali lagi dengan Dreams!

Nyny.A by Nyny.A
February 14, 2020
in Artikel, Berita, PS4
0 0
0
Nak beli Dreams Universe di PS4? Ini antara yang anda perlu tahu sebelum mainkanya!
Share on FacebookShare on Twitter

Secara rasmi siri Dreams Universe hadir dengan kreativiti dan imaginasi hari ini! Merupakan sebuah permainan Media Molecule dan Sony sendiri, Dreams memberi kita sebagai pemain untuk mencipta sendiri watak atau permainan yang kita inginkan! Seperti Dreams tahun lalu, kami turut mencuba membuat permainan sendiri sambil melawati dunia orang lain, ada juga kami pernah kongsikan pemain Dreams yang mencipta watak Metal Gear Solid dan banyak lagi lah!

Kali ini eksklusif di PlayStation 4 hadir pada 14 Februari 2020, anda boleh bersedia untuk berada dialam Dreams dan ini adalah apa yang anda patut tahu sebelum anda memulakan permainan ini. Tapi sebelum itu jom lihat trailer rasmi Dreams Universe;

Jadi sekali lagi, apa sebenarnya Dreams ini? Alat penciptaan kandungan bukan sesuatu yang luar biasa dalam industri moden, tetapi Dreams beroperasi pada apa yang anda boleh panggil dunia yang berbeza. Ini adalah cara membuat pelbagai jenis permainan, jadi ia ibarat enjin permainan, tetapi bukan hanya untuk membuat permainan, ia dimaksudkan supaya anda dapat membuat sesuatu yang simple mengikut imaginasi anda, atau anda boleh menyelam jauh kedalam dengan mencipta permainan anda sendiri.

Andai kata anda tiada idea, anda kebuntuan, tidak perlu risau! Anda boleh meneroka dunia Dreams pemain lain sambil bermain di laman permainan mereka atau hanya ambil inpirasi untuk penciptaan anda. Sebagai contoh disini anda boleh mencipta pelbagai benda! Mungkin hanya rumah anda bersama watak anda, atau membuat sesuatu yang lebih beraksi. Dibawah ini terdapat beberapa contoh yang dilakukan pemain Dreams yang lain;

I have now published my "Full Beech Breakfast" in #MadeInDreams for all to have a closer look at! 🙂https://t.co/ruf1FQiKb0 pic.twitter.com/pJyxGHaej0

— John BeechCorp (@Johnee_B) January 2, 2020

Nampak betul-betul realistik kan? Ibarat menggunakan aplikasi 3D untuk menciptanya, tetapi sebaliknya di Dreams. Rasa iri hati dengan hasil ini? Tutorial sentiasa ada. Bersama toolset yang boleh digunakan, kesemuanya senang untuk kita belajar terutama pada pemain baru. Tutorial mengambil pemain baru melalui setiap aspek penciptaan, dari alatan dan teknik individu, untuk menetapkan keping dan contoh yang memulakan idea paling menarik.

Bosan sesuatu tanpa audio? Sangat mudah denganmenyamai keseronokan Dreams bersama pelbagai alat audio yang meningkatkan sistem PS4 anda ke studio rakaman. Terdapat ketekunan untuk penciptaan Audio dalam Dreams yang membolehkan pemuzik dan artis audio menyelam terus kedunia ini dan mula bereksperimen. Pengawal wayarles ditukar kepada instrumen yang mencipta, mengarang dan menjalankan segala-galanya dari kesan, soundscapes ke seluruh album. Digunakan bersamaan dengan enjin grafik kemungkinan untuk prestasi visual audio yang tidak berkesudahan.

Dibawah ini pula adalah permainan pertama Media Molecule iaitu LittleBigPlanet yang dihasilkan semula di Dreams;

Ternanti-nanti Cyberpunk 2077 hadir lambat lagi kan? Apa kata anda singgah ke laman Bearly Regal nanti di Dreams! Kerana dia bakal menghabiskan projek Cyberpunk 1997 yang nampak macam pixel ala-ala PS1 kedalam Dreams nya! Jom usha videonya dibawah;

Nak mencipta permainan FPS? Siapa kata tak boleh! Jom usha hasil dari  EpicLBPTime! Kot nanti anda boleh menginspirasikan dia!

Dah buntu sangat, buat je benda pelik macam ni dari Bevis2 ;

Macam mana? Dah dapat inspirasi anda tu? Lebih seronok, Dreams juga akan mempunyai kempen! Dreams telah mendedahkan “Art’s Dream”, yang beroperasi sebagai sejenis kempen untuk permainan dan cara menunjukkan betapa kuatnya alat dalam permainan ini. Ia adalah satu siri pengalaman yang berbeza dan jenis permainan yang berbeza diikat bersama dengan naratif yang menyeluruh, ditambah beberapa vignettes muzik. Ia bukan perkara yang paling lama, tetapi ia menunjukkan apa yang mungkin terjadi. Media Molecule telah membuat pengalaman lain yang hebat.

Seronok kan Dreams ni! Memang memberi peluang untuk anda mencipta dan menjadi kreatif dalam imaginasi anda! Jadi pada sesiapa yang berminat untuk ketahui lebih lanjut mengenai Dreams, anda boleh terus kelaman web rasminya. Jangan lupa dapat kan Dreams yang berada di pasaran bermula hari ini!

Beli disini gaiss!
Dreams Universe
Publisher: Sony Interactive Entertainment
Developer: Media Molecule
Release Date: 2020-02-14
PlayStation 4
Cipta segalanya dengan kreativiti dari imaginasi anda! Tidak kiralah dari penciptaan permainan atau alam anda sendiri! Segalanya ada di Dreams!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: dreamsDreams UniverseMedia MoleculePlayStation 4Sony Interactive Entertainment
Previous Post

Call of Duty Mobile menambah SENJATA BARU di Credit Store! Kumpul & beli sekarang!

Next Post

SONY sedang bergelut dengan harga PlayStation 5 kerana nilai perkakasan yang mahal!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
SONY sedang bergelut dengan harga PlayStation 5 kerana nilai perkakasan yang mahal!

SONY sedang bergelut dengan harga PlayStation 5 kerana nilai perkakasan yang mahal!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd