Anime My Hero Academia Season 6 bahagian kedua telah pun ditayangkan pada awal bulan yang lalu. Kini sudah 15 episod tersedia untuk peminat menontonnya. Kalau anda ingin tahu, akaun Twitter rasmi anime telah mengumpulkan undian untuk watak MVP daripada episod 15. Watak yang mendapat gelaran tersebut, tidak lain tidak bukan Katsuki Bakugo. Jom kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.

Kalau anda ingin tahu, akaun Twitter rasmi anime My Hero Academia telah melakukan satu undian mingguan bersama peminat semasa tayangan episod terbaru siri tersebut. Peminat akan mengundi watak yang memberikan impak terbanyak kepada mereka semasa tayangan anime tersebut dengan menggunakan hashtag #ヒロアカMVP (HeroAcaMVP).

Watak yang memegang gelaran ini akan mendapat satu video khas yang menunjukkan sorotan terbaik watak dalam episod itu. Pada minggu ini, episod 15 bertajuk “Tartarus” telah pun ditayangkan. Nampaknya Bakugo kembali memegang gelaran MVP siri anime tersebut. Watak lain yang turut mendapat undian tinggi ialah Spinner dan All For One daripada pihak Villain.
Ini merupakan kali kedua Bakugo mendapatkan gelaran MVP setelah tayangan episod 9, “Bakugo Rising”. Seperti yang dinyatakan, Bakugo mendapat video khas yang menunjukkan adegan Bakugo dalam episod tersebut. Anda boleh menontonnya di bawah.
Dengan bermulanya bahagian kedua untuk anime My Hero Academia, kita semakin menghampiri kepada penamatnya. Siri manga juga telah memasuki “Final Act” pada Mac yang lalu. Anda boleh membacanya melalui platform rasmi MangaPlus. Untuk liputan lain mengenai My Hero Academia, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post