Bandai Namco bersama pembangun Byking telah mengumumkan My Hero Academia: All’s Justice, sebuah fighting action game yang akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.
Walaupun tarikh pelancarannya belum diumumkan, game ini dijangka menawarkan pengalaman yang mengujakan, berlatarkan Arc Final War yang dramatik dari anime dan manga My Hero Academia.
Dalam satu video pengumuman, produser Aoba Miyazaki meluahkan keterujaannya: “Saya sangat gembira kerana akhirnya dapat mendedahkan game ini kepada anda semua hari ini!”
Game ini memberi tumpuan kepada arc Final War, menampilkan perspektif eksklusif terhadap pertarungan klimaks antara Hero dan Villain – berbeza daripada jalan cerita asal anime. Pemain bakal menyaksikan pertembungan hebat antara One For All dan All For One dalam naratif sinematik yang disesuaikan khas untuk All’s Justice.

Game ini akan menampilkan barisan watak yang luas, termasuk Hero dan Villain kegemaran peminat dalam bentuk terkuat mereka seperti yang dilihat dalam pertarungan akhir.
Buat pertama kalinya dalam siri game konsol My Hero Academia, kesemua pelajar dari Class 1-A boleh dimainkan, masing-masing dengan Quirk unik yang direka dengan penuh butiran. Teknik dan transformasi baharu daripada arc finale anime turut akan dimasukkan, membolehkan pemain mengakses potensi maksimum setiap watak.

All’s Justice memperkenalkan sistem combat arena 3D yang dipertingkatkan, membolehkan pemain membentuk pasukan sehingga tiga watak dan bertukar antara mereka untuk mencipta kombo serangan yang lancar.
Sistem baharu yang dinamakan “Rising” membolehkan pemain melepaskan kuasa maksimum watak mereka, meningkatkan keupayaan mereka untuk melancarkan kombo yang memusnahkan. Bandai Namco turut mengusik bahawa maklumat lanjut mengenai sistem combat ini akan didedahkan tidak lama lagi.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi My Hero Academia: All’s Justice.
@gamersantaimy
Discussion about this post