Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Academia: All For One kembali ‘remaja’, hero semakin terdesak *SPOILER*

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 6, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
My Hero Academia: All For One kembali ‘remaja’, hero semakin terdesak *SPOILER*

Sumber - VocalPineapple

Share on FacebookShare on Twitter

Baru keluar semalam, bab terkini My Hero Academia menyaksikan pelan para hero gagal sekali lagi selepas antagonis utama All For One memperoleh ‘power-up baharu. Kini remaja, All For One sambung pelannya untuk mendapatkan tubuh Shigaraki Tomura.

My Hero Academia, Ch. 382: The wills of heroes and villains clash as the battle rages on! Read it FREE from the official source! https://t.co/qWpqKpgvDG pic.twitter.com/3uSOAeODD4

— Shonen Jump (@shonenjump) March 5, 2023

Buat mereka yang ingin tahu apa terjadi, berikut adalah rumusan untuk My Hero Academia bab 382 (korang boleh baca dahulu MHA 381 di SINI).

AMARAN! SPOILER DI BAWAH!!

Bab ini meneruskan peperangan antara Toga Himiko dan para hero di mana dia melancarkan klon Twice ke atas medan perang. Di antara klon ini adalah klon Shigaraki, Dabi, dan All For One, yang masing-masing cuba menggunakan Quirk mereka tetapi gagal.

Asui Tsuyu (Froppy) sedar ini bukanlah perkara paling teruk untuk berlaku, kerana jika Himiko berubah menjadi salah satu daripada mereka (Shigaraki, Dabi, atai AFO) lebih awal, semuanya akan berakhir. Tetapi memandangkan dia tidak buat begitu, mesti ada sebab mengapa istimewa.

Ternyata itu betul kerana Toga hanya boleh menggunakan Quirk orang yang dia sayang. Jadi sebab dia tidak mengklonkan orang lain adalah kerana dia tidak menyayangi mereka. Walaupun begitu, Froppy memberi amaran kepada semua; perasaan Toga boleh berubah pada bila-bila masa, jadi mereka mesti mencari Himiko sebenar secepat mungkin.

Pada saat ini, Uraraka Ochako (Uravity) serta merta berjaya mengesan Twice yang sedang menangis (kerana tidak faham mereka Quirk-nya tidak fungsi seperti yang diinginkan).

Di babak seterusnya, Tokoyami Fumikage (Tsukuyomi) meneruskan serangannya ke atas All For One.

Hawks memberitahu kepada semua bahawa walaupun AFO tidak dapat dikalahkan, fungsi kebal itu hanyalah sementara jadi mereka hanya perlu menahannya walau apa jua keadaan. Jiro Kyoka (Earphone Jack) menyampaikan mesej kepada semua hero di kawasan sekitar untuk menutup Tokoyami dan menghalang sebarang sumber cahaya daripada masuk bagi menguatkan lagi quirk-nya.

Tetapi tiba-tiba, All For One melancarkan letupan cahaya besar yang meletupkan Dark Shadow. Di sini, kita dapat melihat AFO kini kelihatan lebih muda seolah-olah seperti remaja berkat dadah ‘Rewind’ lalu cuba melarikan diri daripada medan perang.

Ketika para hero mengejar, AFO dan Hawks melihat ‘sesuatu’ yang bakal mengubah arus peperangan: iaitu Gigantomachia, salah satu penjahat yang taat kepada AFO.

All For One mengarahkannya untuk membunuh hero yang mengejar, tetapi sebaliknya berlaku; Machia melemparkan sebahagian daripada gunung ke arah tuannya. Walaupun dapat selamatkan diri, AFO perasan beberapa hero di atas kepala Gigantomachia termasuk Kirishima Eijiro (Red Riot) dan Shinso Hitoshi yang mengawal minda gergasi tersebut.

Maka, tamatlah bab ini.


Untuk membaca segala liputan kami tentang siri My Hero Academia termasuk analisis lain, anime, dan game, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: All For OnemangaMy Hero AcademiaSpoiler
Previous Post

Anime Fest Plus+ Kembali Dengan Lebih Besar! Bakal Diadakan April Ini!

Next Post

Acer Malaysia lancarkan monitor 180Hz dengan harga terendah di pasaran!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
TAL: The Arcane Lands – AAA Open-World RPG Baharu Berlatarkan Korea Kuno!
Berita

TAL: The Arcane Lands – AAA Open-World RPG Baharu Berlatarkan Korea Kuno!

May 8, 2025
Civilization: Eras & Allies Cecah Lebih 700,000 Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran Jun Ini
Mobile

Civilization: Eras & Allies Cecah Lebih 700,000 Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran Jun Ini

May 8, 2025
Next Post
Acer Malaysia lancarkan monitor 180Hz dengan harga terendah di pasaran!

Acer Malaysia lancarkan monitor 180Hz dengan harga terendah di pasaran!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd