Dengan kembalinya hero kegemaran peminat, sudah tentu bab baharu manga My Hero Academia dinanti-nantikan ramai! Bab My Hero Academia 404 membawa kita melihat apa yang akan dilakukan oleh kedua-dua hero kita untuk menyelamatkan All Might yang kini berada di tangan All For One.
AMARAN! Ada spoiler My Hero Academia bab 404!
Bab bermula dengan All For One (AFO) yang ingin membunuh All Might, di mana hero itu sudah lagi tidak berdaya untuk bertarung. Perkara ini telah disaksikan oleh ramai penonton di seluruh dunia, masing-masing berharap supaya All Might tidak terbunuh.

Bakugo pula terus terbang ke arah Deku, dengan masing-masing sudah merancang pergerakan seterusnya untuk menyelamatkan All Might daripada All For One. Dengan Deku kemudiannya mencampak Bakugo menggunakan Gearshift sekali lagi, ia memberikan boost kepada kelajuan Bakugo yang kini menghala ke arah AFO. Ditambah dengan quirk explosive-nya sudah tentu ia memberikan kelajuan maksimum kepada hero muda itu.

Shigaraki pula mula memberitahu bahawa All Might semakin menghampiri kematian dengan bayang-banyangnya kelihatan semakin jelas. Tetapi ternyata Shigaraki salah selepas Bakugo berjaya menyelamatkan All Might, malah kedua-dua tangan All For One telah pun terputus!

Kini tiba masa untuk Deku dan yang lain untuk menang dalam pertarungan menentang antagonis siri! Nasib baik minggu depan bab 405 akan diterbitkan. Agaknya apa pula langkah baru yang AFO akan lakukan.
Anda boleh baca bab penuh My Hero Academia 404 menggunakan aplikasi dan laman web Manga Plus. Untuk mendapatkan berita menarik tentang manga, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post