Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Academia #306: Deku memasuki fasa ‘Final Act’ dengan time-skip baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 23, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
My Hero Academia #306: Deku memasuki fasa ‘Final Act’ dengan time-skip baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Manga My Hero Academia masih menceritakan kesan selepas perang besar-besaran antara para Hero dan Paranormal Liberation Front, di mana ia telah membuat beberapa pendedahan penting yang bakal memberi implikasi besar kepada jalan cerita. Dalam bab terbaru manga, ia sekali lagi mengambil satu langkah besar dari segi naratif ketika ia maju ke fasa seterusnya. Manga My Hero Academia #306 telah memasuki “babak terakhir”, di mana ia dinamakan “The Final Act Begins.”

My Hero Academia, Ch. 306: Our heroes must finally answer to the public! Can they ease the widespread panic and pain of the city? Read it FREE from the official source! https://t.co/5wytHdi5e5 pic.twitter.com/muV5BULcOG

— Shonen Jump (@shonenjump) March 21, 2021

Amaran! Spoiler untuk manga My Hero Academia bab #306 di bawah!

Bab ini bersambung selepas pertemuan Midoriya Izuku (Deku) dan pengguna-pengguna lama One For All. Di sini, Deku belajar bahawa dia mungkin adalah orang terakhir yang dapat menggunakan quirk ini sebelum berhadapan dengan Shigaraki Tomura. Juga didedahkan dalam bab #306, Izuku telah membuat keputusan besar untuk mengubah hidupnya selama-lamanya ketika siri ini “time-skip” ke beberapa bulan depan untuk menunjukkan dunia MHA baru kepada pembaca.

Dalam bab ini, Hawks dan Best Jeanist juga diberitahu tentang rahsia One For All dari All Might manakala Endeavour menjelaskan kepada dunia bahawa apa yang dikatakan oleh Dabi sebenarnya adalah betul dan dia telah menganiaya keluarganya. Walaupun dunia dalam huru-hara, Endeavor dan rakan-rakannya kini lebih bertekad untuk melawan penjahat di masa depan.

Di penghujung bab, Izuku memilih untuk membuat satu keputusan terakhir. Selepas meninggalkan nota untuk setiap rakan sekelasnya yang menceritakan tentang rahsia quirk One For All dan misinya untuk menyelamatkan Shigaraki, siri ini kemudian “time-skip” ke hadapan beberapa bulan hadapan pada bulan April. Pembaca diberitahu bahawa Izuku sejak itu telah meninggalkan U.A. Academy, dan kini (mungkin?) bertindak sebagai vigilante (hero yang menentang kejahatan tetapi tidak rasmi).

Apa pendapat anda tentang time-skip ini? Adakah ini petanda untuk fasa terakhir My Hero Academia #306? Beri tahu pendapat anda dalam ruang komen sekarang! Untuk segala liputan kami tentang My Hero Academia, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Boku no Hero AcademiaDekumangaMy Hero AcademiaOne For All
Previous Post

Razer mewujudkan inisiatif #GoGreenWithRazer kepada semua gamer

Next Post

Pra-pembelian SD Gundam G Generation Cross Ray Platinum Edition & Genesis di Nintendo Switch!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Pra-pembelian SD Gundam G Generation Cross Ray Platinum Edition & Genesis di Nintendo Switch!

Pra-pembelian SD Gundam G Generation Cross Ray Platinum Edition & Genesis di Nintendo Switch!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd