Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Musim panas di Cozy Grove sudah tiba! Nikmati pengalaman berkhemah di konsol dan PC anda!

Amir Haziq by Amir Haziq
June 24, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Genre, Nintendo Switch, PC, Platform, PS4, PS5, Simulator, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Musim panas di Cozy Grove sudah tiba! Nikmati pengalaman berkhemah di konsol dan PC anda!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, pembangun kepada game Alphabear, Triple Town dan Road Not Taken, iaitu Spry Fox mengumumkan bahawa kemaskini musim untuk Cozy Grove telah dilancarkan. Spry Fox mula membuat kemaskini untuk game itu sejak 8 April yang lalu, dan telah menerima sambutan yang hebat dari media dan pencipta kandungan.

Spry Fox telah menghasilkan sebuah patch baru untuk Cozy Grove hasil dari maklum balas yang diterima oleh komuniti game tersebut melalui Discord dan Reddit. Hasil dari maklum balas itu juga, mereka telah melakukan keseimbangan dan perbaikan bug untuk Cozy Grove. Antara pembaikan yang dibuat seperti meningkatkan had saiz pelbagai item, meningkatkan jumlah simpanan tersedia untuk pemain dari awal game, mengurangkan kesukaran beberapa quest, dan beberapa peningkatan untuk UI game. Kemaskini terbaru ini pasti dapat memberikan pengalaman in-game yang baru untuk para pemain, dengan penambahan dari segi ciri serta kandungan.

Kemaskini musim panas di Cozy Grove adalah seperti:

  • NPB baru (Non-Playable Bear) dengan quest serta ganjaran baru.
  • Aktiviti baru seperti lompat batu dan menangkap batu.
  • Menamakan haiwan kesayangan pemain.
  • Acara musim panas yang masih rahsia akan bermula pada Julai ini.
  • 2 lagu asal baru ditambahkan dalam runut bunyi Cozy Grove.
  • Pemain boleh memeluk Bear.

Cozy Grove merupakan sebuah game tentang kehidupan seharian di sebuah pulau yang dihantui. Sebagai seorang pengakap yang bersemangat, pemain ditugaskan untuk menolong penduduk spektrum dengan rutin harian mereka. Anda perlu membina kem, berkawan dengan watak in-game, dan membuat dekorasi. Pemain juga boleh menjelajahi hutan setiap hari untuk mencari item kraf baru, dan meneroka kawasan yang belum pernah diteroka.

Tambahan pula, anda boleh melakukan quest yang berkaitan hubungan bersama pelbagai semangat, menghiasi kawasan kem dan menjadikan pulau itu seperti milik anda. Dengan perubahan yang telah dihasilkan oleh Spry Fox, pemain akan sentiasa menerima dan melakukan aktiviti baru. Game ini pastinya memberikan pengalaman bermain yang menyeronokkan untuk pemain dalam menghiasi pulau mereka.

Cozy Grove kini telah tersedia untuk platform PlayStation, Xbox, Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman rasmi game ini atau ikuti Twitter mereka.

Muat turun di sini
Cozy Grove
Publisher: Spry Fox
Developer: Spry Fox
Release Date: 2021-03-19
Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Cozy Grove merupakan sebuah game tentang kehidupan seharian di sebuah pulau yang dihantui. Sebagai seorang pengakap yang bersemangat, pemain ditugaskan untuk menolong penduduk spektrum dengan rutin harian mereka. Anda perlu membina kem, berkawan dengan watak in-game, dan membuat dekorasi. Pemain juga boleh menjelajahi hutan setiap hari untuk mencari item kraf baru, dan meneroka kawasan yang belum pernah diteroka.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Cozy GrovesimulatorSpry Fox
Previous Post

UBISOFT mendedahkan beberapa terbitan Transmedia baru dan perluasan untuk FAR CRY

Next Post

Si cacing kecoh lagi! WORMS RUMBLE kini tersedia di Epic Games Store, Switch dan Xbox!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Civilization VII Update 1.2.2 Membawa Peta Epik, Opsyen Baharu, dan Sokongan Steam Workshop
Berita

Civilization VII Update 1.2.2 Membawa Peta Epik, Opsyen Baharu, dan Sokongan Steam Workshop

June 24, 2025
Persona 4 Remake Hanya Akan Datang Selepas April 2026
Berita

Persona 4 Remake Hanya Akan Datang Selepas April 2026

June 24, 2025
Monster Hunter Wilds Dikecam Hebat Selepas Ulasan Steam Jatuh Ke “Overwhelmingly Negative”
Berita

Monster Hunter Wilds Dikecam Hebat Selepas Ulasan Steam Jatuh Ke “Overwhelmingly Negative”

June 24, 2025
Next Post
Si cacing kecoh lagi! WORMS RUMBLE kini tersedia di Epic Games Store, Switch dan Xbox!

Si cacing kecoh lagi! WORMS RUMBLE kini tersedia di Epic Games Store, Switch dan Xbox!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd