Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MTG Outlaws of Thunder Junction Unboxing — Penuh Kad Bertemakan Wild West Yang Hebat!

Maira by Maira
April 19, 2024
in Artikel, Berita, Game, Trading Card Game, Unboxing
0 0
0
MTG Outlaws of Thunder Junction Unboxing — Penuh Kad Bertemakan Wild West Yang Hebat!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan lancarnya kad terbaru Magic: The Gathering (MTG) Outlaws of Thunder Junction, kami pasti ada yang ingin lihat lebih lanjut tentang kad-kad yang tersedia dalam set expansion ke-100 ini. Sebelum kami mulakan sesi unboxing kami untuk set ini, kami ingin berterima kasih kepada Wizards of the Coast kerana memberi kami peluang untuk unboxing kad ini!

Sumber: Digital Braves

Untuk pengetahuan anda, set MTG Outlaws of Thunder Junction membawa tema Wild West, di mana penjenayah dan perompak telah tiba di Thunder Junction untuk mencari harta karun The Vault. Tanpa membuang masa, jom kita lihat Play Booster, Collector Booster, Commander Deck dan Bundle untuk set ini.

Kita mulakan dahulu dengan Commander Decks yang tersedia. Setiap satu memaparkan watak seperti Yuma, Olivia, Gonti dan Stella Lee sebagai komander. Deck Desert Bloom merupakan deck Yuma sebagai “Yuma, Proud Protector”, di mana gaya bermainnya fokus pada membuang Lands dan menghantarnya semula untuk comeback yang kuat.

Sumber: Digital Braves

Olivia pula merupakan deck Most Wanted sebagai “Olivia, Opulent Outlaw”. Deck ini fokus pada token Treasure dan rekrut Outlaw untuk mengalahkan pihak lawan. Manakala deck Gonti “Grand Larceny” pula lebih kepada mencuri kad dan menjana mana. Untuk Stella Lee pula, deck Quick Draw-nya memberi fokus pada melakukan pelbagai spell untuk penggantian cepat dan menyerang lawan anda.

Melihat pada Collector Booster pula, inilah pek yang memberi anda peluang untuk mendapatkan kad Foiled dan Rare. Booster ini menampilkan Oko the Shapeshifter yang bersedia untuk menumpaskan musuh di hadapannya. Play Booster turut menjadikannya sebagai muka depan pek itu.

Sumber: Digital Braves

MTG Outlaws of Thunder Junction memaparkan banyak kad dengan bingkai yang unik. Kalau anda ingin tahu, expansion ini banyak fokus kepada penjahat seperti Oko dan geng Outlaw yang lain. Antara watak Outlaw lain yang anda boleh dapatkan adalah Vraska, Kellan, Annie Flash, Rakdos dan Tinybones. Semuanya hadir dengan bingkai kad “Most Wanted” daripada pek.

Sumber: Digital Braves

Anda juga berpeluang untuk mendapatkan kad Breaking News Bonus Sheet, yang juga merupakan cetakan semula kad yang kelihatan seperti artikel akhbar lama daripada Prosperity Post. Kad ini turut hadir dengan versi kemasan foil bertekstur. Terdapat banyak lagi kad cantik dalam expansion MTG ini, malah ada kad istimewa yang anda boleh kumpulkan.

Sumber: Digital Braves

Jadi buat anda yang inginkan kad ini, bolehlah dapatkannya di kedai kad terdekat! Kami juga ada kongsikan beberapa preview serta mekanik untuk expansion ini. Untuk mendapatkan segala berita mengenai MTG daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Magic: The GatheringMTGMTG Outlaws of Thunder JunctionOutlaws of Thunder Junction
ShareTweetSend
Previous Post

Mecha BREAK Buka Pendaftaran Ujian Beta Tertutup! Bakal Diadakan Pada Hujung April Ini!

Next Post

Impulse Gaming AutoCity Pulau Pinang Rasmi Pembukaan Dengan Promosi Hebat Pada 20 & 21 April!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!
Game Percuma

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!

June 6, 2025
Next Post
Impulse Gaming AutoCity Pulau Pinang Rasmi Pembukaan Dengan Promosi Hebat Pada 20 & 21 April!

Impulse Gaming AutoCity Pulau Pinang Rasmi Pembukaan Dengan Promosi Hebat Pada 20 & 21 April!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd