Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MSI Tambah Laptop RTX 5060/5070 Baharu Untuk Model Crosshair & Katana – Kini Di Pasaran!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 12, 2025
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
MSI Tambah Laptop RTX 5060/5070 Baharu Untuk Model Crosshair & Katana – Kini Di Pasaran!
Share on FacebookShare on Twitter

MSI kini rasmi melancarkan barisan laptop gaming terbaharu mereka yang dipacu oleh GPU Laptop NVIDIA GeForce RTX 5060 dan 5070. Barisan kali ini merangkumi siri Crosshair dan Katana, dan sudah boleh didapati di kedai rasmi MSI serta pengedar sah mereka.

Kedua-dua siri ini direka untuk memenuhi keperluan gamer dan profesional, menawarkan prestasi tinggi dan ciri-ciri terkini dalam reka bentuk yang moden dan bergaya.

Siri Crosshair

MSI Crosshair tampil dengan reka bentuk futuristik yang diinspirasikan daripada kapal angkasa, disertakan paparan QHD+ (2560×1600) bersaiz 18 inci (sesuatu yang jarang ditawarkan) dengan refresh rate 240Hz serta liputan gamut warna 100% DCI-P3.

Selain model 18 inci, siri ini juga hadir dalam pilihan skrin 16 dan 17 inci untuk pengguna yang inginkan saiz lebih padat.

Antara tarikan utama Crosshair ialah Teknologi OverBoost MSI yang mampu memberikan output puncak sehingga 170W, memastikan prestasi lancar untuk gaming dan multitasking. Proses naik taraf juga dipermudahkan dengan sokongan pengembangan RAM dan SSD.

Menambah identiti unik pada siri ini, touchpadnya direka dengan elemen halus berupa gabungan huruf “C” dan “H” dari nama Crosshair.

Model:

  • Crosshair 16 HX AI D2XWFKG-020MY
    • Pemproses: Intel® Core™ Ultra 9 275HX dengan Intel® AI Boost (NPU)
    • GPU: NVIDIA® GeForce RTX™ 5060
    • Paparan: 16″ QHD+ (2560×1600), 240Hz, IPS-Level, 100% DCI-P3
    • Memori: 16GB (8GB*2 DDR5-5600)
    • Storan: 1TB NVMe SSD PCIe Gen4
    • Harga: RM7,699
  • Crosshair 18 HX AI A2XWFKG-031MY
    • Pemproses: Intel® Core™ Ultra 9 275HX dengan Intel® AI Boost (NPU)
    • GPU: NVIDIA® GeForce RTX™ 5060
    • Paparan: 18″ QHD+ (2560×1600), 240Hz, IPS-Level, 100% DCI-P3
    • Memori: 16GB (8GB*2 DDR5-5600)
    • Storan: 1TB NVMe SSD PCIe Gen4
    • Harga: RM8,299
  • Crosshair A18 HX A8WFKG-014MY
    • Pemproses: AMD Ryzen™ 9 8940HX
    • GPU: NVIDIA® GeForce RTX™ 5060
    • Paparan: 18″ QHD+ (2560×1600), 240Hz, IPS-Level, 100% DCI-P3
    • Memori: 16GB (8GB*2 DDR5-5600)
    • Storan: 1TB NVMe SSD PCIe Gen4
    • Harga: RM7,899
  • Crosshair 16 HX AI D2XWGKG-019MY
    • Pemproses: Intel® Core™ Ultra 9 275HX dengan Intel® AI Boost (NPU)
    • GPU: NVIDIA® GeForce RTX™ 5070
    • Paparan: 16″ QHD+ (2560×1600), 240Hz, IPS-Level, 100% DCI-P3
    • Memori: 16GB (8GB*2 DDR5-5600)
    • Storan: 1TB NVMe SSD PCIe Gen4
    • Harga: RM8,599

Siri Katana

Sementara itu, MSI Katana menggabungkan prestasi berkuasa dengan rekaan bergaya, menawarkan konfigurasi sehingga Intel Core i9-14900HX bersama GPU NVIDIA GeForce RTX 5060 atau 5070.

Paparannya pula menggunakan skrin QHD 15.6 inci (2560×1440) dengan refresh rate 165Hz, memberikan pengalaman gaming yang hebat, disokong output kuasa keseluruhan sehingga 115W.

Dari segi estetik, siri Katana hadir dengan kemasan Midnight Gray yang elegan bersama logo bertekstur dan perlindungan anti-cap jari pada bahagian penutup, mengekalkan gabungan rupa moden dan praktikaliti harian.

Model:

  • Katana 15 HX B14WFK-289MY
    • Pemproses: Intel® Core™ i7 14650HX
    • GPU: NVIDIA® GeForce RTX™ 5060
    • Paparan: 15.6″ QHD (2560×1440), 165Hz, IPS-Level, 100% DCI-P3
    • Memori: 16GB (8GB*2 DDR5-5600)
    • Storan: 512GB NVMe SSD PCIe Gen4
    • Harga: RM5,999
  • Katana 15 HX B14WFK-287MY
    • Pemproses: Intel® Core™ i9 14900HX
    • GPU: NVIDIA® GeForce RTX™ 5060
    • Paparan: 15.6″ QHD (2560×1440), 165Hz, IPS-Level, 100% DCI-P3
    • Memori: 16GB (8GB*2 DDR5-5600)
    • Storan: 1TB NVMe SSD PCIe Gen4
    • Harga: RM6,899
  • Katana 15 HX B14WFK-288MY
    • Pemproses: Intel® Core™ i7 14650HX
    • GPU: NVIDIA® GeForce RTX™ 5060
    • Paparan: 15.6″ QHD (2560×1440), 165Hz, IPS-Level, 100% DCI-P3
    • Memori: 16GB (8GB*2 DDR5-5600)
    • Storan: 1TB NVMe SSD PCIe Gen4
    • Harga: RM6,599
  • Katana 15 HX B14WGK-284MY
    • Pemproses: Intel® Core™ i7 14650HX
    • GPU: NVIDIA® GeForce RTX™ 5070
    • Paparan: 15.6″ QHD (2560×1440), 165Hz, IPS-Level, 100% DCI-P3
    • Memori: 16GB (8GB*2 DDR5-5600)
    • Storan: 1TB NVMe SSD PCIe Gen4
    • Harga: RM7,199

Untuk maklumat lanjut mengenai spesifikasi penuh dan pembelian laptop MSI RTX 5060/5070, kunjungi laman promosi rasmi MSI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: katanaMSIRTX 5060/5070
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Stellar Blade (PC) – Visual EVE Kekal Mempesona, Menjemput Kita Untuk Beraksi Sekali

Next Post

ASUS Malaysia Melancarkan Laptop TUF Gaming Baharu, Dilengkapi GPU RTX 50 Series!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

[EKSKLUSIF] Wan Hazmer Kongsi Bagaimana No Straight Roads 2 Melangkah Lagi Luas Bersama Shueisha Games
Eksklusif

[EKSKLUSIF] Wan Hazmer Kongsi Bagaimana No Straight Roads 2 Melangkah Lagi Luas Bersama Shueisha Games

June 13, 2025
Interviu Towa and the Guardians of the Sacred Tree – Di Sebalik Tabir Mencipta Roguelite Mitologi Jepun!
Temuramah

Interviu Towa and the Guardians of the Sacred Tree – Di Sebalik Tabir Mencipta Roguelite Mitologi Jepun!

June 12, 2025
Previu Towa and the Guardians of the Sacred Tree – Cubaan Roguelite Kreatif Berlatar Budaya Jepun!
Preview

Previu Towa and the Guardians of the Sacred Tree – Cubaan Roguelite Kreatif Berlatar Budaya Jepun!

June 12, 2025
Next Post
ASUS Malaysia Melancarkan Laptop TUF Gaming Baharu, Dilengkapi GPU RTX 50 Series!

ASUS Malaysia Melancarkan Laptop TUF Gaming Baharu, Dilengkapi GPU RTX 50 Series!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd