Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MSI Lancar Laptop Gaming RTX 50 Series Berinspirasi Mitologi Norse!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 26, 2025
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
MSI Lancar Laptop Gaming RTX 50 Series Berinspirasi Mitologi Norse!
Share on FacebookShare on Twitter

MSI telah memperkenalkan siri laptop RTX 50 terbarunya di acara MSIology: Dragonforged Dominance. Terinspirasi daripada Yggdrasil, “World Tree” dalam mitologi Norse, siri ini direka untuk memenuhi pelbagai keperluan pengguna melalui tiga elemen utama: teknologi inovatif, estetika mewah, dan prestasi luar biasa.

Model Flagship dan Ciri-Ciri Utama

Titan 18 HX Dragon Edition Norse Myth menjadi model utama dengan rekaan naga yang dilukis tangan. Ia dilengkapi grafik NVIDIA GeForce RTX 50, pemproses Intel Core Ultra 200HX dengan NPU terbina, serta penyesuai kuasa 400W.

Laptop ini menawarkan storan terkemuka dengan empat slot SSD dan sokongan eksklusif SuperRAID 5, memberikan kelajuan bacaan sehingga 18,000 MB/s. Sistem penyejukan vapor chamber-nya menyokong prestasi CPU/GPU gabungan sehingga 270W.

Kredit: MSI

Siri Raider menumpukan kepada pengalaman gaming terbaik dengan pilihan pemproses AMD Ryzen 9000HX/9000HX3D atau Intel Core Ultra 200HX, dipadankan dengan grafik RTX 50.

Model ini menyokong memori DDR5 6400 CSODIMM berkelajuan tinggi, sistem penyejukan dwi kipas dengan tujuh heat pipe, serta paparan Mini LED 4K/120Hz yang telah dikalibrasi.

Kredit: MSI

Bagi mereka yang mengutamakan portabiliti, siri Stealth hadir dengan reka bentuk ringan menggunakan casis magnesium-aluminium. Dilengkapi grafik RTX 50 serta pilihan pemproses AMD Ryzen AI 300 atau Intel Core Ultra 200H, laptop ini menampilkan teknologi Cooler Boost 5 dan papan kekunci RGB bersaiz penuh.

Kredit: MSI

Siri Vector pula menyasarkan profesional STEM dan kreatif dengan modul penyejukan SSD khusus bagi memastikan prestasi berterusan. Ia menawarkan GPU RTX 50, pilihan pemproses Intel Core Ultra 200HX atau AMD Ryzen 9000, serta sambungan Thunderbolt 5.

Kredit: MSI

Untuk pasaran perniagaan, siri Venture dan VenturePro hadir dengan pemproses Intel Core Ultra 200H atau AMD Ryzen AI 300, GPU NVIDIA GeForce RTX, paparan OLED skrin sentuh, bateri 90Wh dengan teknologi Battery Boost, serta ciri AI untuk mengoptimumkan penggunaan kuasa, paparan, dan audio.

Kredit: MSI

Sokongan Industri & Ketersediaan

Pakar industri turut memberi pengiktirafan terhadap siri baharu ini. Dr. Min-Chun Hu, pakar AI, memuji prestasi Titan 18 dalam latihan model AI, manakala Vladimir Petkovic dari Adobe menekankan keupayaan Vector HX AI dalam penciptaan kandungan 3D.

Profesional dari FastTrack Studio dan Ubisoft turut memuji kestabilan dan prestasi rendering laptop ini untuk pembangunan permainan video.

Kredit: MSI

Pra-tempahan untuk laptop MSI RTX 50 Series termasuk GPU GeForce RTX 5090 dan RTX 5080 dibuka dari 25 Februari hingga 31 Mac 2025 di pautan terpilih dan kedai konsep MSI dengan harga promosi early bird.

Pembeli laptop dengan GPU RTX 5090 atau RTX 5080 juga boleh menyertai program Review and Receive untuk berpeluang menebus Steam Wallet bernilai USD 30.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: LaptopMSIRTX 50 Series
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Two Point Museum – Bukan Mudah Jaga Muzium Sendiri!

Next Post

Penuh Magic! Cardcaptor Sakura Akan Datang Ke Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Penuh Magic! Cardcaptor Sakura Akan Datang Ke Malaysia!

Penuh Magic! Cardcaptor Sakura Akan Datang Ke Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd