Monster Hunter Wilds, entri terbaru dalam francais aksi RPG Capcom yang terkenal, membawa pengalaman memburu yang ke tahap lebih tinggi dengan raksasa, persekitaran, dan mekanik gameplay serba baharu. Dalam dunia yang semakin berkembang ini, menguasai asas permainan adalah kunci untuk bertahan hidup daripada ancaman yang semakin mencabar.
Sama ada anda pemain baharu atau pemburu berpengalaman yang ingin mengasah kemahiran, semua tip penting di bawah akan membantu anda mengatasi cabaran dan memaksimumkan kecekapan ketika memburu. Daripada teknik pertempuran hingga pengurusan sumber, strategi ini akan memberi kelebihan untuk menewaskan raksasa paling ganas sekali.
Tips Kami untuk Monster Hunter Wilds
1. Semasa bertarung, anda boleh menembak peluru slinger dengan menekan L2 + L3 (PS) atau LT + LS (Xbox). Ini sangat berguna jika anda memuatkan Flashbomb, membolehkan anda menjatuhkan raksasa terbang tanpa perlu menyarungkan senjata.

2. Sentiasa pastikan slinger anda diisi dengan peluru, kerana sesetengah raksasa boleh “mengikat” anda semasa bertarung. Menembak peluru slinger ke muka raksasa adalah cara terbaik untuk melepaskan diri.

3. Selepas menewaskan Nerscylla, segera ciptakan senjatanya untuk Palico anda. Senjata ini boleh memberikan efek “sleep” kepada raksasa, memastikan mereka tertidur sekurang-kurangnya sekali dalam setiap pemburuan.

4. Ketika menunggang Seikret, tekan R2 (PS) atau RT (Xbox) untuk menghentikan lariannya. Mount ini akan terus berlari tanpa henti jika tidak dikawal secara manual. Anda juga boleh mengakses bekalan terus dari Seikret dengan menekan butang kiri pada D-Pad, tanpa perlu kembali ke supply chest.

5. Gunakan slinger untuk mengumpul bahan dengan lebih mudah. Sentiasa kumpul Sleep Herb, Parashroom, Web, dan Ivy kerana bahan ini penting untuk mencipta Tranq Bomb yang diperlukan untuk menangkap raksasa dan mengurangkan risiko kegagalan misi. Anda boleh tahu bila raksasa boleh ditangkap apabila ikon tengkorak muncul di minimap.

6. Semasa mounting, fokus untuk mencederakan dua bahagian—satu di kawasan mudah dicapai dan satu lagi di bahagian sukar. Gunakan senjata anda pada bahagian yang lebih sukar untuk memecahkannya dan membuka peluang “focus attack”. Sebelum raksasa cuba menggoncang anda, cuba posisikan diri di kepalanya—kadangkala mereka akan melanggar objek dan mencederakan diri sendiri.

7. Anda boleh menggunakan whetstone dan minum potion ketika menunggang Seikret. Malah, anda akan menerima reduced damage semasa menunggang berbanding ketika berada di tanah.

8. Jika anda dijatuhkan oleh raksasa dan serangan lain sedang menyusul, jangan tekan sebarang butang. Anda kebal selagi masih terbaring di tanah. Gabungkan ini dengan memanggil Seikret untuk melarikan diri dari situasi berbahaya.

9. Mulakan pemburuan dengan menyelinap di belakang raksasa dan tekan O (PS) atau B (Xbox) untuk melakukan serangan yang memberikan damage besar secara percuma. Teknik ini lebih berkesan jika digabungkan dengan Ambush Skill untuk damage boost sementara.

10. Jika menghadapi kesukaran, gunakan SOS Flare untuk mendapatkan bantuan. Walaupun bermain secara offline, pemburu NPC akan bertindak balas terhadap isyarat anda, membantu mengalihkan perhatian raksasa dan menggunakan taktik bijak seperti meletakkan bom di kepala raksasa yang sedang tidur.

11. Manfaatkan sistem Pop-Up Camp baharu dengan meletakkan khemah secara strategik di setiap peta. Anda boleh membina sehingga lima camp dengan safety level berbeza:
- Safe – Tidak boleh dimasuki raksasa, tiada risiko dimusnahkan.
- Insecure – Kemungkinan raksasa menyerang.
- Dangerous – Terletak di kawasan raksasa dengan risiko tinggi tetapi memberikan akses lebih pantas kepada sasaran.
Pilih lokasi kem dengan bijak kerana membaiki camp yang musnah memerlukan point yang berharga.

Dengan menerapkan tip ini ke dalam strategi pemburuan, anda akan menjadi pemburu yang lebih cekap dan berkesan dalam Monster Hunter Wilds. Ingat, latihan adalah kunci, dan setiap pemburuan adalah peluang untuk memperbaiki kemahiran anda.
Monster Hunter Wilds kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam. Jika berminat, dapatkan di SINI! Anda juga sediakan lihat panduan lain yang kami sediakan bagi Monster Hunter Wilds:
- Panduan Lokasi “Camp” Paling Selamat & Berguna!
- Lokasi Terbaik untuk Mengumpul Semua Material!
- Panduan Artian Weapon, Cara-Cara Dapat & Build!
- Senjata & Skil Terbaik untuk Palico Anda!
- Perubahan Sistem Forging & Equipment, Wajib Tahu!
- Panduan Village Meal, Makanan Paling Beruntung Untuk Hunter!
- Monster Hunter Wilds – Senarai Armor Menarik Untuk Cuba! Dari Fantasi Ke Anime!
- Cara Dapatkan Nightflower Pollen, Item Rare untuk Upgrade!
@gamersantaimy
Discussion about this post