Activision secara rasmi mengumumkan bahawa Call of Duty: Modern Warfare Season 4 dan Call of Duty Mobile Season 7 akan ditunda. Pengumuman itu dibuat di akaun Twitter rasmi Call of Duty. Walaupun posting tersebut tidak secara eksplisit mengaitkan penangguhan dengan kematian George Floyd, mesej tersiratnya sangat jelas.
https://twitter.com/CallofDuty/status/1267626497902174208
Dalam posting itu, Activision menyatakan bahawa “inilah masanya bagi mereka yang bersuara untuk kesaksamaan, keadilan dan perubahan agar dilihat dan didengar.” Pada saat penulisan, Activision dan Infinity Ward tidak mengumumkan tarikh baru untuk pelancaran musim bagi kedua-dua permainan. Call of Duty: Modern Warfare Season 4 sepatutnya dilancarkan esok pada 3 Jun, manakala Call of Duty Mobile Season 7 akan dilancarkan pada minggu ini. Kedua-dua permainan mempunyai banyak kandungan baru yang dinanti-nantikan oleh peminat.
Pengumuman itu dibuat hanya beberapa jam selepas Sony mengumumkan penangguhan untuk pendedahan PlayStation 5 pada hari Khamis. Seperti Activision, Sony tidak membuat sebarang pengumuman untuk tarikh baru. Syarikat itu juga mengelak daripada membuat rujukan langsung kepada kematian George Floyd dan protes terhadap kekejaman polis yang berlangsung di seluruh Amerika Syarita, tetapi menyatakan bahawa “kami tidak merasakan bahawa sekarang adalah masa untuk meraikan, dan buat masa ini, ingin mengundur diri untuk membiarkan suara yang lebih penting agar didengari.”
— PlayStation (@PlayStation) June 1, 2020
Nampaknya berita seperti ini akan berlaku di seluruh industri permainan video untuk hari-hari akan datang. Beberapa acara digital untuk industri ini dijadualkan pada bulan Jun ini, termasuk IGN Summer of Gaming (5 Jun) dan New Game+ Expo (23 Jun). Jika kedua-dua acara ini pun ikut serta dan ditunda, ia masih belum disahkan. Ada baiknya juga perkara ini berlaku, kerana ia bermakna bahawa syarikat permainan video pun sedar tentang isu-isu semasa, dan memberi peluang kepada gamers untuk mendengar mesej yang lebih penting.
@gamersantaimy
Discussion about this post