Activision telah memberi kemas kini kepada peminat apabila harapan peminat mod Zombi yang telah lama ditunggu-tunggu akan hadir di Call Of Duty: Mobile (COD Mobile). Sejak dilancarkan pada bulan Oktober, versi mudah alih untuk permainan menembak popular mudah alih ini mendapat kepopulariti dalam sekelip mata. Walau apa pun, peminat masih menginginkan si mati untuk permainan mereka dan ingin menjadi zombi sepanjang masa!
Mengesahkan dalam kemas kini komuniti di Reddit bahawa mod Zombi masih dalam perjalanan, Activision menekankan bahawa mod ini akan berada dalam permainan “sebelum anda tahu”. Wow, walaupun tidak begitu banyak pengumumanya, ternyata peminat zombi pasti akan teruja dengan mod yang bakal hadir ini! Jadi mengenai kemaskini ini, sentiasalah kemaskini di laman sosial media COD Mobile tidak kiralah di Facebook atau pun Twitter!
‘Mana zombi?’ Ia akan berada di hujung jari anda sebelum anda tahu! -COD Mobile
Selain berita mengenai zombi, pengumuman yang bakal hadir di COD Mobile dalam minggu-minggu yang akan datang sepanjang November ini termasuk acara, cabaran, mod, peralatan atau skin baru serta tambahan kemaskini permainan. Anda akan lihat kesemua kandungan baru terkini yang bakal hadir seperti senarai ini:
- 11/4 – 11/10 – Weekly Battle Royale Challenge
- 11/4 – 11/11 – Airborne Chip Event
- 11/4 – 11/14 – Personal Milestones
- 11/8 – 11/14 – FFA Mode & Challenge
- 11/9 – 11/10 – 2X Weapon XP (BR only)
- 11/11 – 11/18 – Call of Duty Endowment Pack
Selain berita mengenai Zombie ini, masih ingat tidak kami pernah mengongsikan bahawa sokongan Controller dalam perancangan COD Mobile? Nampaknya, Activision mengesahkan sokongan tersebut akan hadir dalam masa terdekat, cuma tarikh masih belum ditetapkan lagi.
Khususnya, Activision berpendapat bahawa mereka yang menggunakan pengawal pasti akan mempunyai kelebihan yang besar berbanding mereka yang hanya menggunakan peranti mudah alih. Akibatnya, ia perlu tegas membuat keputusan untuk memastikan semua peminat diperlaku secara adil.
Selesai sahaja berita ini daro COD Mobile sendiri, terdapat pula acara terbaru COD Mobile untuk musim sejuk yang akan datang ini. Perkongsian dari TheGamingRevolution menyatakan terdapat acara musim sejuk yang mempunyai peta terbaru bernama Christmas CRASH & RAID! Bukan itu sahaja, salji bakal melanda kesemua peta anda kemungkinan besar akan hadir Disember ini.
Bukan itu sahaja, kemungkinan besar akan terdapat skin-skin bertemakan musim Krismas juga ketika acara ini berlansung kelak. Apa-apa pun kita nantikan pengumuman rasmi dari pihak Activision, Garena dan TiMi Studio kelak dan nantikan kesemua kemaskini terjadi!
Sumber: Reddit COD Mobile ; TheGamingRevolution

@gamersantaimy
Discussion about this post