Ghost of Tsushima memang terkenal di seluruh dunia dengan aksi naratif single-player yang menakjubkan, tetapi apabila Sucker Punch mengeluarkan mod multiplayer berjudul Legends tidak lama selepas itu, mungkin ramai yang anggap pelik dan fikir kurang gempak. Kita fast-forward ke masa kini, dan ternyata mod multiplayer Legends menerima sambutan yang positif oleh komuniti. Kini Ghost of Tsushima: Legends akan mendapat mod kompetitif baru bernama Rivals dan walaupun tidak ada unsur PvP, pemain tetap akan bersaing satu sama lain untuk menyelesaikan objektif tertentu dengan cepat.
Mod ini akan dikeluarkan sebagai “free update” pada hari esok dan sempena itu, PlayStation telah mengeluarkan trailer istimewa yang menunjukkan sedikit gameplay:
Gameplay asas dalam mod ini akan meminta pemain untuk mengalahkan musuh, mengumpulkan Magatama, dan kemudian menggunakan Magatama yang sama untuk sabotaj pihak lawan. Jika pemain menghabiskan berjaya menghabiskan jumlah Magatama yang ditetapkan, mereka dapat memulakan pertarungan akhir dengan segerombolan musuh (dinamakan sebagai Final Stand). Kalahkan semua musuh ini dan pasukan anda akan menjadi pemenang.
Bagi aspek sabotaj, treler hanya menunjukkan dua secara khusus. Satu membolehkan pemain menyeru Fire Spirit, yang melancarkan serangan api AoE kepada pihak lawan. Yang kedua membolehkan pemain menyeru Elder Shade, satu entiti kuat yang akan menghalang pihak lawan dari mengumpul Magatama. Ia hanya akan pergi setelah dikalahkan.

Pada masa yang sama, beberapa ciri baru juga diperkenalkan termasuk Gear Mastery, kosmetik, dan lain-lain. Maklumat lanjut tentang penambahan baru akan datang esok apabila mod ini dilancarkan secara rasmi. Itu sahaja info yang kami ada -korang kini boleh membeli mod Legends secara berasingan tanpa permainan utama yang membolehkan sesiapa mencuba mod multiplayer Ghost of Tsushima tanpa perlu membayar harga penuh untuk kempen single-player.
Sekali lagi saya ingatkan, update percuma Mod Rivals akan tersedia untuk semua pemain yang mempunyai akses ke Ghost of Tsushima: Legends pada PS4 dan PS5. Korang boleh baca segala liputan kami tentang Ghost of Tsushima di sini.
Sumber – PlayStation
@gamersantaimy
Discussion about this post